Kembali dari neraka.
Semasa E3 2018 lalu, Bethesda telah mengumumkan Doom Eternal. Game ini merupakan game sekuel kepada Doom yang dikeluarkan pada tahun 2016.
Terbaru, semasa Quakecon yang berlangsung malam tadi, mereka telah memperlihatkan lebih lanjut tentang Doom Eternal. Gameplay pertama yang penuh dengan keganasan dan ketengangan ikonik dalam francais ini telah ditunjukkan kepada umum dan korang boleh tontonnya di bawah (bermula selepas 1 jam 11 minit):
Doom Eternal akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch, walau bagaimanapun, tarikh pelancaran masih belum diumumkan.
Comments
Loading…