in , , , ,

Doom Eternal Bawa Neraka Marikh Ke Bumi – Lebih Mengganas Dan Berapi!

Bethesda mengumumkan sebuah game sekuel first person shooter baru dalam siri Doom pada hari ini iaitu Doom Eternal.

Berdasarkan kepada trailer ini, ia berlatar belakangkan di Bumi yang telah ditakluk oleh makhluk-makhluk dari neraka. Trailer ini juga memaparkan kawasan bandar yang telah dijilat api neraka yang dipenuhi dengan tengkorak manusia.

Bethesda berkata sekuel Doom ini akan menawarkan Doom Slayer yang “lebih berkuasa” dan “bilangan raksasa yang dua kali ganda lebih banyak” dari yang sebelum ini.

Syarikat itu juga berkata yang mereka akan menyimpan maklumat mengenai game ini terlebih dahulu buat masa sekarang untuk mereka dedahkan nanti di QuakeCon yang akan berlangsung pada bulan Ogos di Dallas.

Tiada pemberitahuan mengenai tarikh keluaran buat masa ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sea of Thieves Akan Lancarkan Dua Expansion Packs Tak Lama Lagi!

Rage 2: Pandu Pelbagai Kenderaan, Tembak Pelbagai Musuh, Kembara Pelbagai Halatuju Ala Mad Max!