id Software kembali dengan Doom setelah sekian lama. Adakah mereka masih mempunyai sentuhan emas dalam siri ini? Jom layan BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

Doom 3 tak best dan Doom kali ini sepatutnya dikenali sebagai Doom 4. Pilihan ini dilakukan mungkin kerana id Software kini berada dibawah naungan Bethesda. Adakah sejarah yang tak best akan berulang seperti Doom 3 atau pilihan untuk reboot siri ini merupakan satu pilihan bijak?

Bermulalah Kisah, Suatu Cerita.

snap-00010
Hamek kau! Apsal ko kacau aku setan mata satu!

Doom bermula di sebuah pusat penyelidikan milik Union Aerospace Corporation (UAC) di Marikh. Pusat ini digunakan oleh Samuel Hayden untuk mendapatkan cara memproses tenaga neraka supaya boleh digunakan oleh manusia. Kuasa ini dikenali sebagai Argent energy. Tenaga ini boleh diperolehi melalui Argent Tower dan pada masa yang sama ia membuka portal terus ke neraka. Ini menyebabkan pusat penyelidikan ini diserang oleh puaka-puaka durjana dan disinilah bermulanya kempem single player bagi Doom.

Penyampaian cerita untuk Doom kali ini tidak mengikut skema kebanyakkan game masakini. Dapat dilihat id Software ingin mengekalkan identiti Doom dengan menyampaikan penceritaan melalui mata watak yang kita kawal. Di zaman game FPS sarat dengan cutscene ala Hollywood seperti CoD, pilihan begini adalah menarik dan menyegarkan. Pilihan penceritaan begini juga memberikan gambaran betapa brutal dan bad-ass watak ini. Pada babak awal game ketika Samuel Hayden sedang sibuk cuba memujuk agar kita tidak memusnahkan pusat penyelidikan UAC, watak kita dengan ganas mencampak panel kawalan dan mengingkari permintaan beliau.

snap-00011
Macam stylo je helmet ni, abang pinjam la ye!

Kempen single player Doom juga boleh dikira agak panjang jika dibandingkan dengan siri FPS lain. Pada pilihan normal, ia boleh dihabiskan sekitar 12 jam. Jika anda berminat mencari hidden item dan easter eggs, jumlah jam ini mungkin berubah. Berbicara tentang hidden item dan easter eggs, ini juga memberikan satu objektif kepada pemain untuk melakukan eksplorasi terhadap peta yang telah direka dalam Doom.

Rekaan bagi peta-peta dalam kempem single player Doom haruslah dipuji. Ia menyeronokkan ketika berperang menentang syaitan dan juga menarik untuk diterokai. Penulis sendiri menghabiskan banyak masa cuba mencari bilik-bilik tersembunyi.

doom-rune-trial
Jangan lupa dapatkan semua Runes ini kerana ia akan membantu korang menewaskan puaka-puaka durjana nanti!

Disamping mencari item atau easter eggs, Doom turut memberikan cabaran kepada pemain melalui Rune trials. Rune trials ini mencabar pemain untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jika objektif tercapai, sebuah rune akan di-unlock dan boleh digunakan oleh pemain. Antara runes yang menarik adalah Ammo Boost yang memberikan ekstra ammo pada setiap pembunuhan menggunakan Glory Kills.

Glory kills adalah apabila puaka-puaka ini menerima cukup serangan maka mereka akan memasuki fasa stun. Fasa stun ini yang boleh dilihat melalui kelipan oren dan biru. Pada ketika ini pemain boleh melakukan serangan melee yang penuh ganas. Setiap pembunuhan secara Glory kills memberikan penambahan nyawa kepada pemain.

Amaran spoiler: Video diatas mengandungi klip Glory kills bagi musuh-musuh yang korang mungkin tak mau tengok! Seeloknya tonton selepas selesaikan Doom dulu.

Mekanisma Glory kills ini sememangnya menarik kerana ia memberikan alternatif lain kepada pemain untuk memulihkan nyawa. Namun begitu, komen dapati kadangkala animasi Glory kills ini agak panjang dan lebih bagus jika pemain boleh memilih untuk melakukan melee biasa atau Glory kills.

Multiplayer Didatangkan Dengan Pelbagai Mode.

Selain mode story, Doom turut peluang kepada korang untuk mencuba multiplayer dan Snap Map. Multiplayer untuk Doom terbahagi kepada 6 mode iaitu:

  • Team Deathmatch
  • Soul Harvest
  • Domination
  • Warpath
  • Freeze Tag
  • Clan Arena

Bagi mereka yang biasa dengan genre FPS pasti sudah tahu Team Deathmatch adalah mode yang meletakkan 2 pasukan untuk bertarung dan cuba memenuhkan kuota bilangan kill dengan sepantas yang mungkin untuk menang.

Soul Harvest pula menyerupai mode Kill Confirm yang biasa ada dalam siri CoD. Apabila berjaya membunuh pihak musuh, mereka akan menjatuhkan soul (dog tag didalam CoD) yang perlu dikutip. Mereka yang berjaya mengumpul soul terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Domination meletakkan pemain dalam percubaan memegang 3 buah capture point selama yang mungkin. Markah diberikan berdasarkan berapa lama capture point itu berjaya dikawal. Ini boleh dikira mirip dengan mode conquest yang sangat terkenal dalam siri Battlefield.

Warpath adalah sebuah idea yang menarik dari id Software untuk memberikan angin baru pada mode “Capture the flag” yang biasa ada dalam genre FPS yang lain. Biasanya “Flag” atau kawasan yang hendak ditawan akan ditempatkan pada kawasan yang statik tetapi dalam Warpath kawasan ini akan bergerak mengelilingi sekitar level. Ini adalah pilihan bijak dalam mengelakkan pemain ber-camping pada satu kawasan yang sama yang boleh membuatkan permainan menjadi basi dan membosankan.

Freeze Tag ialah satu mode yang unik dalam multiplayer Doom. Tidak seperti mode-mode lain, korang tak perlu membuat sebarang pembunuhan pada pihak musuh – korang hanya perlu membekukan mereka! Jika ada ahli pasukan korang yang kena beku, korang boleh normalkan mereka kembali dengan berdiri berdekatan pada sela masa yang secukupnya. Jadi untuk menang dalam mode ini, korang perlu bekukan semua pihak musuh!

Clan arena pula sebuah game yang fokus kepada penyingkiran pemain dan pasukan yang terakhir berdiri di arena akan berada di puncak kemenangan. Dalam mode ini tiada respawn dibenarkan dan tiada pemulihan nyawa atau pun armor. Kemenangan akan menjadi milik pasukan yang terakhir berdiri atau pasukan yang mempunyai paling ramai ahli yang masih bernyawa apabila tamat pusingan.

Multiplayer Doom adalah pantas dan brutal. Mungkin sedikit tweak diperlukan untuk seimbangkan senjata dan transformasi Demons. Kesimpulannya multiplayer Doom sememangnya menarik bagi mereka yang inginkan keseronokkan tanpa logik akal.

Bosan Main Kempen Atau Multiplayer? Try SnapMap Pulak Brader!

Bahagian terakhir untuk Doom ialah SnapMap. Ia merupakan sebuah tool untuk digunakan bagi mereka yang ingin membuat level Doom sendiri. Ia umpama sekotak Lego yang bertemakan Doom dan korang bebas untuk membuat apa sekali pun dengannya. Berikut adalah beberapa SnapMap yang korang boleh cuba:

  • Pokedemon Battle Arena
  • Carl’s First Day
  • Parkour
  • Rag3Club Quake Classic InstaGib
  • 20 Chambers
  • Burned Chapter 1: Solitary
  • Harvest Doom
  • E1M2 Tribute

Jika korang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan level-level, gunakan opsyen search ketika menggunakan SnapMap dan masukkan nama-name yang disenaraikan.

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Beberapa senjata boleh dikatakan terlalu overpowered jika dibandingkan dengan yang lain. Demons dalam multiplayer juga tidak seimbang dan perlu diubahsuai jika Doom ingin menarik minat pemain PvP.

BOLEH BELI! – Jika anda memang peminat siri FPS lama seperti Doom, Quake atau mungkin Unreal Tournament maka Doom kali ini memang sesuai dengan anda. Rekaan level dalam setiap episod direka dengan baik dan tidak membosankan. Setiap kawasan yang anda kunjungi mempunyai feel yang unik dan tersendiri. Seperti bagaimana Doom yang terdahulu, berlambak easter egg dan hidden room yang boleh dijumpai. Ini menggalakkan pemain terus melakukan eksplorasi.

 Sesetengah senjata/demon terlalu overpowered dalam multiplayer. Tweak diperlukan.
 Animasi glory kill yang terlalu panjang.
 Kalau korang nak cover/tactical shooter, Doom bukan FPS yang korang mahu.

+ Planet Marikh yang super cun.
+ OST yang best gila. Sememangnya homage kepada Doom asal.
+ PANTAS, GANAS, AGRESIF, BRUTAL – Nama pon Doom!
+ Kawalan yang responsif. Gerakan memanjat dan jump pack yang cukup lancar.
+ Rekaan level yang menarik. Unik dan tidak membosankan. Jom cari hidden room!
+ Kempen disertakan dengan objektif dan cabaran menjadikan ia tidak hambar.
+ id Software mengekal formula yang telah mereka gunakan dalam siri Doom dan Quake.
+ Mengekalkan identiti Doom. Tidak terikut-ikut aksi sinematik ala Hollywood.

doom-thumbs-up

Jumpa lagi Doom guy. Hasta la vista bebeh!

DOOM sudah boleh diperolehi untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

1 komen

  1. Pada saya, Doom 3 mempunyai tema tersendiri. Tapi mungkin sebab tiada aspek seperti Doom yang asal dan lebih berat kepada genre horror, ramai yang agak tidak suka. Tapi saya enjoy jugak, nevertheless. Ada kekadang saya tak nak main Doom 3 kerana takut dengan setan baby. Pening fikir ni Silent Hill ke Doom. 😀

JomKomen!