Sebelum DOOM diterbitkan pada tahun ini, DOOM 4 dibangunkan dan mengalami pelbagai masalah dan cabaran.
Dokumentari ini telah dihasilkan oleh NoClip dan mengisahkan reboot siri ikonik, DOOM. Siri ini telah membawa pelbagai kemajuan teknologi dalam dunia gaming sejak ia diperkenalkan pada tahun 1993 dahulu.
Dalam dokumentari ini juga dapat kita lihat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kakitangan id Software sehingga mereka terpaksa membatalkan pembangunan DOOM 4 kerana ia terlalu menyerupai siri Call of Duty.
Siri reboot DOOM yang diterbitkan pada tahun ini telah menerima pelbagai pujian dan anugerah, antaranya Best Action Game dan Best Music/Sound Design di The Game Awards baru-baru ini.
Ikuti review kami dalam DOOM: Boleh Beli Or Boleh Blah!?
Comments
Loading…