Menjelang ulangtahun pertama God of War yang dilancarkan pada tahun 2018, Sony dan Santa Monica telah mengumumkan sebuah dokumentari penuh yang akan dikeluarkan di channel Youtube PlayStation.

Dokumentari yang berjudul ‘Raising Kratos’ ini telah diumumkan melalui satu trailer yang korang boleh tontonnya di bawah. Dokumentari ini bakal menyajikan kepada para penonton kerja-kerja di sebalik tabir pembangunan game yang mendapat beratus anugerah ini, serta pelbagai kisah dan rakaman yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini.

Menjadi perbualan semua peminat di seluruh dunia pada waktu ini ialah tentang footage yang dipaparkan di akhir trailer ini. Kratos berjalan keluar dari dalam sebuah gua, kemudian menoleh ke belakang — sesuatu yang tiada langsung dalam game God of War itu sendiri. Mungkinkah mereka mengacah sekuel untuk game ini?

Walau bagaimanapun, jangan risau, pengarahnya Cory Barlog telahpun menjelaskan footage ini dalam satu tweet. Beliau mengatakan yang footage tersebut dirancang untuk dimasukkan ke dalam God of War 3 Remastered bagi mengacah pemain tentang God of War yang bakal dilancarkan pada tahun 2018 itu. Namun, mereka tidak berjaya menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan dan God War 3 Remastered telah dilancarkan tanpa babak acah tersebut.

Dokumentari Raising Kratos akan dikeluarkan ke channel Youtube PlayStation, walau bagaimanapun, tarikh keluarnya masih belum didedahkan.

JomKomen!