Sebelum ini, Sony dan Santa Monica telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan sebuah dokumentari penuh yang memaparkan apakah yang berlaku di balik tabir pembikinan antara game terbaik pernah mereka hasilkan, God of War yang dilancarkan pada tahun 2018.

Terkini, dokumentari penuh ini, yang berdurasi 1 jam 54 minit, boleh ditonton sekarang di channel Youtube PlayStation.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan bahawa God of War membawakan gameplay yang mantap, pelbagai elemen baru, pertempuran sinematik epik, kisah mitos yang penuh misteri – semua ini membuatkan jiwa pemain sebagai dewa peperangan akan menggelegak.

JomKomen!