Menjelang beberapa hari sebelum acara E3 2017, suatu kejadian tak diingini telah berlaku kepada studio terkemuka dari Poland ini.

CD Projekt Red telah mengesahkan bahawa dokumen-dokumen yang berkait dengan rekaan awal pembangunan untuk game akan datang mereka, Cyberpunk 2077 telah dicuri.

Perkara ini telah disahkan oleh studio itu di laman Twitter rasmi mereka, dengan menyatakan bahawa seorang (atau beberapa) individu yang tidak dikenalpasti telah menghubungi studio itu, mengatakan bahawa mereka mempunyai fail-fail dalaman bagi game tersebut.

CD Projekt Red juga telah mengesahkan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menuntut wang tebusan, dan sekiranya studio itu tidak mahu memenuhi kehendak mereka ini, fail-fail tersebut akan disebarkan kepada umum.

CD Projekt Red dalam kenyataannya telah bertegas bahawa mereka tidak akan memenuhi sebarang tuntutan daripada pihak itu. Oleh sebab itu, mereka meminta kepada para gamers di luar sana untuk mengelakkan sebarang pendekatan terhadap fail-fail itu. Isu ini akan mereka laporkan kepada pihak berkuasa.

Studio itu turut menyatakan bahawa fail-fail yang dimiliki oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak menggambarkan apakah visi studio itu untuk Cyberpunk 2077 pada waktu sekarang. Jadi, mereka nasihatkan untuk tidak mengambil sebarang pendekatan untuk melihatnya, serta mengajak para gamers untuk terus menunggu info-info rasmi yang bakal dikongsi oleh mereka apabila tiba masanya.

Di bawah adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh CD Projekt Red:

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2014 lalu, fail-fail berkaitan dengan sebuah lagi game yang dibangunkan oleh studio sama, iaitu The Witcher 3 juga telah leaked. Walau bagaimanapun, pada waktu itu, ia terus disebarkan di Internet dan pihak yang telah menggodam Google Drive salah seorang pekerja studio itu tidak menuntut sebarang wang tebusan.

Pesanan kami di JomGaming adalah agar semua gamers di luar sana mengikut nasihat yang telah diberikan oleh CD Projekt Red, iaitu tidak melakukan sebarang pendekatan untuk melihat dokumen-dokumen itu. Mewujudkan permintaan terhadap fail-fail tersebut, seterusnya secara tidak langsung menyokong perbuatan itu dan ia akan menggalakkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini melakukan lebih kerap.

Kalau kita mahukan sebuah video game yang berkualiti, kami berharap perkara-perkara yang tidak diingini seperti tidak berlaku lagi dan tidak mendapat galakan daripada para gamers.

JomKomen!