in , , , ,

DLC Pertama Dragon Ball FighterZ Akan Bawakan Ayah Goku, Bardock Dan Broly

Dua karakter terbaru tambahan!

Banda Namco telah mendedahkan yang DLC pertama untuk Dragon Ball FighterZ akan membawakan dua karakter yang agak unik. Dua karakter tersebut ialah ayah Goku, iaitu Bardock dan musuh ketat Goku, iaitu Broly.

DLC pertama ini diumumkan Bandai Namco dalam majalah V-Jump, menurut laporan Siliconera.

Bardock akan memiliki gerakan super yang digelar Revenger Assault, yang mana menukarnya menjadi Super Saiyan dan menghujani serangan dari arah atas. Broly pula mempunyai serangan tenaga dari arah udara yang dipanggil Gigantic Meteor.

Walau bagaimanapun, Bandai Namco buat masa ini masih belum mengumumkan bilakah DLC ini akan dilancarkan dan berapakah harganya.

Pek DLC ini juga dikatakan akan mempunyai loot tambahan dari segi pakaian dan aksesori karakter bagi mereka yang memiliki Dragon Ball Xenoverse 2.

Dragon Ball FighterZ kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Jangan Halang Anak Main Video Game, Tapi Galakkan,” Kata Ustaz Zul Pandan

Anak Patung Barbie Tomb Raider Diumumkan Oleh Mattel