in , , ,

DLC Percuma Pertama Cyberpunk 2077 Akan Dilancarkan Awal Tahun Ini

Walaupun belum sebulan lagi game futuristik open-world ini dilancarkan dan CD Projekt Red dilanda bermacam kontroversi, ia tidak menghalang studio dari Poland itu untuk terus bergerak ke hadapan.

Laman web rasmi Cyberpunk 2077 telah dikemaskini dengan mendedahkan bahawa kandungan tambahan (DLC) percuma pertama game tersebut akan dilancarkan pada awal tahun ini.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan — apakah kandungan yang bakal ditampilkan atau bilakah tarikh tepat ia akan dilancarkan, masih belum diumumkan. Mereka akan mendedahkannya tidak lama lagi.

Mampukah CDPR menyajikan sebuah kandungan yang mantap, dalam masa sama memperbaiki dan menambahbaik segala kekurangan yang dihadapi Cyberpunk 2077 pada ketika ini? Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Filem Uncharted Kongsikan 4 Gambar Baru - Pengembaraan Harta Karun Nate Bermula

Filem Uncharted Kongsikan 4 Gambar Baru – Pengembaraan Harta Karun Nate Bermula

PUBG Mobile Esports Reward Top 16 Finalist Teams To Dubai

PUBG Mobile Esports Reward Top 16 Finalist Teams To Dubai