Sebuah lagi DLC yang bakal membuat para pemain teruja!
Psyonix telah mengumumkan bahawa DLC yang bakal menggunakan jenama Hot Wheels akan dilancarkan dalam Rocket League. DLC ini bakal dilancarkan pada 21 Februari 2017.
DLC ini akan menampilkan dua kereta terbaru, yang kedua-duanya boleh dibeli secara berasingan, iaitu Bone Shaker dan Twin Mill III.
Ini pastinya satu pengumuman yang agak menarik memandangkan baru-baru, Psyonix juga telah mengumumkan bahawa mereka bakal membawakan kereta mainan sebenar yang bertemakan Rocket League. 12 jenis kereta mainan sebenar ini akan dilancarkan pada suku ketiga 2017 di Amerika Utara.
Dan mungkinkah juga, Psyonix dan Hot Wheels akan bekerjasama sekali lagi dalam mengeluarkan kereta mainan sebenar bertemakan Rocket League, dengan menggunakan jenama Hot Wheels? Hanya mereka yang ada jawapannya.
Baru-baru ini juga, Psyonix telah mendedahkan bahawa Rocket League telah memiliki 25 juta pemain berdaftar, serta 1 billion perlawanan telah dimainkan.
Comments
Loading…