in , , ,

DLC Gravity Rush 2 Akan Diberikan Secara Percuma Untuk Semua Pemain!

Hasil permintaan peminat-peminat siri Gravity Rush, pihak developer akan menyediakan sebuah DLC khas untuk menceritakan kisah Raven!

Baru sahaja diumumkan, peminat-peminat berpeluang mendalami kisah Raven dalam DLC yang dinamakan The Ark of Time – Raven’s Choice. Apa yang lebih menarik, DLC percuma ini adalah hasil permintaan komuniti Gravity Rush yang kebanyakkannya meminati watak Raven!

Saksikan aksi gameplay Gravity Rush 2 beserta temubual bersama developer yang telah dikongsi oleh PlayStation Japan baru-baru ini.

Gravity Rush 2 bakal diterbitkan pada 20 Januari manakala DLC The Ark of Time – Raven’s Choice yang masih lagi dalam proses penyiapan dijadualkan untuk menemui peminat pada bulan Mac nanti.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Terbaru The Last Guardian Dikongsi Di PlayStation Experience

Tarikh NieR: Automata Diumumkan Bersama Edisi Black Box Yang Didatangkan Dengan Figurin