Menu
in , , ,

DLC EURO 2020 Untuk PES 2020 Turut Ditunda Ke Satu Tarikh Yang Belum Ditetapkan

EURO 2020 Masih Tidak Menentu, Tapi DLC Itu Akan Tetap Hadir Ke PES 2020 Pada April

Pada asalnya, kandungan tambahan (DLC) EURO 2020 untuk PES 2020 dijadual dilancarkan pada 30 April untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Walau bagaimanapun, setelah pihak UEFA menundakan kejohanan bola sepak kebangsaan terbesar benua itu, Konami turut melakukan perkara yang sama untuk DLC bertemakan kejohanan itu dalam video game bola sepak mereka.

EURO 2020 dirancang untuk diadakan pada 12 Jun tahun ini di Rom, Itali, dan akan berakhir pada 12 Julai di London. Namun, selepas apa yang berlaku kepada dunia disebabkan penularan wabak COVID-19, kejohanan ini telah ditunda selama 12 bulan.

Konami turut telah mengumumkan penundaan DLC EURO 2020 dalam PES 2020 ke satu tarikh yang mereka tidak tetapkan lagi.

Walaupun DLC tersebut ditangguhkan, Konami tetap akan meneruskan pertandingan UEFA eURO 2020 yang telah dirancang sebelum ini. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini secara online dalam PES 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version