Pada asalnya, kandungan tambahan (DLC) EURO 2020 untuk PES 2020 dijadual dilancarkan pada 30 April untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Walau bagaimanapun, setelah pihak UEFA menundakan kejohanan bola sepak kebangsaan terbesar benua itu, Konami turut melakukan perkara yang sama untuk DLC bertemakan kejohanan itu dalam video game bola sepak mereka.
EURO 2020 dirancang untuk diadakan pada 12 Jun tahun ini di Rom, Itali, dan akan berakhir pada 12 Julai di London. Namun, selepas apa yang berlaku kepada dunia disebabkan penularan wabak COVID-19, kejohanan ini telah ditunda selama 12 bulan.
Konami turut telah mengumumkan penundaan DLC EURO 2020 dalam PES 2020 ke satu tarikh yang mereka tidak tetapkan lagi.
Walaupun DLC tersebut ditangguhkan, Konami tetap akan meneruskan pertandingan UEFA eURO 2020 yang telah dirancang sebelum ini. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini secara online dalam PES 2020.
[NOTICE] Regarding the UEFA EURO 2020™ DLC#eFootballPES2020 pic.twitter.com/74FTKjXzsK
— eFootball PES (@officialpes) April 16, 2020
Comments
Loading…