Sementara menantikan kehadiran Borderlands 3, Gearbox telah mengeluarkan DLC untuk Borderlands 2: Commander Lilith And The Fight For Sanctuary yang akan dilancarkan pada 9 Jun.

Commander Lilith And The Fight For Sanctuary akan membawa pemain kembali ke planet Pandora, lokasi Borderlands 1 dan Borderlands 2 serta juga sebahagian daripada planet dari Borderlands 3.

Bandar Sanctuary yang menjadi lokasi dalam Borderlands 2 terpaksa ditinggalkan untuk penduduk Sanctuary menjelajah ke planet lain dengan menggunakan kapal angkasa yang digelar sebagai Sanctuary baru. Perpindahan itu berlaku kerana gas toksik telah meracuni planet Pandora.

Pemain boleh menjangkakan musuh-musuh baru, kawasan-kawasan baru, dan loot baru serta senjata rarity yang baru iaitu Rainbow yang mana game kod Borderlands 2 telah dikemaskini baru-baru ini, dan senjata-senjata tersebut boleh dijumpai.

Gambar dari Commander Lilith menunjukkan musuh yang mempunyai mutasi tumbuh-tumbuhan, kenderaan dan senjata baru serta planet yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan.

Karakter-karakter dari Borderlands 1 dan Borderlands 2 akan membuat kemunculan semula.

Bagi pemain baru yang telah memiliki Borderlands Handsome Jack Collection secara percuma di PS Plus, dan juga diskaun 90% di Steam serta juga akan hadir ke Xbox melalui Xbox Game Pass, level cap pemain akan ditingkatkan ke level 30 untuk membolehkan akses ke expansion Commander Lilith. Manakala, untuk level cap bagi keseluruhan pula ditingkatkan dari level 72 ke 80.

JomKomen!