Tom Clancy’s The Division akan dilancarkan dalam beberapa hari sahaja lagi, dan kehangatannya kian terasa dengan kontroversi terbaru.
Dalam Ubisoft semakin rancak untuk mempromosikan franchais terbaru mereka, The Division, nampaknya mereka telah melakukan sebuah promosi yang sangat mengelirukan.
Dalam sebuah promosi yang telah Ubisoft hantar melalui e-mel, ia memetik kata-kata GameZone.com, yang kononnya ia mengatakan The Division “blows Destiny out of the water”. Namun, bukan itulah kisah sebenarnya.
Dalam artikel tersebut, penulis Tatiana Morris sebenarnya mengatakan bahawa “The Division blows Destiny out of the water with 6.4 million beta players“. Beliau sebenarnya mengatakan bahawa The Division mengalahkan Destiny dengan 6.4 juta pemain beta di PC, Xbox One dan PS4, di mana Destiny pada versi beta-nya hanya mengumpulkan 4.6 juta pemain di Xbox One, Xbox 360, PS4 dan PS3.
Dalam artikel tersebut, beliau tidak langsung membandingkan kualiti atau gameplay The Division adalah lebih baik daripada Destiny – apatah lagi membandingkan hasil jualan kedua-dua game tersebut kerana The Division masih lagi belum keluar di pasaran.
Apabila dihubungi Kotaku, Morris mengatakan memang benar Ubisoft ada meminta kebenaran untuk menggunakan penulisan beliau dalam promosi mereka, namun Ubisoft tidak mengatakan bagaimana caranya ia akan digunakan. Memetik kata-kata Morris:
“[Ubisoft] did ask for permission to use the quote; however, they didn’t specify in what way or form it would be used. I think in the future, in an effort to be more transparent with gamers and our audience, I will ask how the quote will be used and where it will be placed.”
Dan korang jangan tak tahu, dalam promosi bergambar tersebut juga, Ubisoft ada memetik kata-kata daripada IGN.com yang mengatakan The Division adalah “Best New Franchise”. Namun, apabila disemak semula, ia adalah kata-kata yang diambil pada E3 2013. Ya, 2013 – 3 tahun yang lepas.
The Division dan Destiny sering dibandingkan disebabkan genre kedua-dua game ini adalah online-RPG-shooter. Para gamers sudah mula menyebutkan bahawa The Division akan mengalahkan Destiny dalam beberapa aspek.
Tetapi, tindakan Ubisoft yang hanya memetik separuh sahaja daripada kata-kata para penulis seterusnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam promosi rasmi mereka adalah sesuatu yang sangat tidak professional.
Harap Ubisoft belajar sesuatu daripada kontroversi ini.
JomBaca: Naughty Dog Mohon Maaf Kepada Ubisoft, Story Trailer Dikemaskini
Comments
Loading…