in

Dissidia Final Fantasy: Ramza Beoulve dalam HD!

Walaupun Ramza mempunyai rupa yang sangat ikemen tapi barisan skill dan attack Ramza, hero Final Fantasy Tactis ini cukup hebat!

Beberapa hari yang lepas, Square Enix baru sahaja menghadiahkan para kipas-susah-mati dengan 3D Rendering versi untuk Ramza Beoulve.

Ramza-Dissidia-001
Dan semalam, bersamaan dengan 4 Feb 2016, pada pukul 8 malam waktu Malaysia, Square Enix telah memberikan trailer terbaru Ramza untuk game Dissidia Final Fantasy untuk arcade nanti!

Ramza Beoulve adalah hero bagi game Final Fantasy Tactis (FFT) yang pernah keluar di Playstation One (PS1), Playstation Portable (PSP), iOS dan Android. FFT adalah daripada genre tactical/strategy RPG.

Ramza-Dissidia-003

Ramza tidak pernah ada CG Render bagi karakter beliau. Artwork paling hebat yang ada untuk Ramza adalah daripada 2D artwork di dalam game FFT sendiri, di mana Ramza tidak mempunyai hidung pun. LOL. Jadi, dengan kemunculan Ramza dan hidung, ini sama sekali mengujakan para peminat FFT dan FF secara keseluruhannya!

Game Dissidia pernah keluar di PSP; dengan 2 game yang berlainan, Dissidia dan Dissidia 012 Duodecim. Game di PSP ini mengetengahkan genre Fighting dan Action-RPG berbanding dengan turn-based battle system yang biasa dimainkan untuk siri Final Fantasy (FF). Dissidia adalah game wajib main jika anda mempunyai PSP!

Ramza-Dissidia-004

Bagi game Dissidia yang baru yang akan dikeluarkan di arcade ini, gameplay-nya adalah lebih kepada Fighting dengan 2 party members sebagai AI membantu anda. Ini tidaklah menghairankan kerana Koei Tecmo, studio yang banyak mengeluarkan genre fighting (seperti Dead or Alive) turut sama membantu Square Enix develop game ini. Jika anda pernah bermain Final Fantasy Type-0 sebelum ini, lebih kurang begitulah gameplay-nya.

Ramza-Dissidia-002

Malangnya, game versi arcade ini hanya dikeluarkan di Jepun sahaja. Namun dulu ada ura-ura percakapan bahawa game ini juga bakal dikeluarkan di PS4. Ini kerana Square Enix sendiri pernah mengeluarkan video perbandingan di antara arcade dan PS4.

Setakat ini belum ada sebarang kata-kata rasmi dari pihak Square Enix bahawa game ini akan keluar ke PS4. Marilah kita sama-sama berdoa agar game ini sampai ke PS4 dan sampai ke tanah air ku Malaysia!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League: 3 Map Baru, DLC Rocket Lab Bakal Mengubah Gameplay Korang

Uncharted 4: Playstation Bundle Bakal Tiba!