Disney dan Gameloft telah mengumumkan Disney Dreamlight Valley, sebuah game percuma yang membawa para pemain ke dalam simulasi kehidupan di dalam dunia serta karakter-karakter dari Disney dan Pixar.
Game ini digambarkan sebuah game adventure simulasi kehidupan yang bakal dilancarkan pada tahun 2023 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch.
Kisah yang dibawakan ke dalam game ini adalah sebuah perkampungan digelar Dreamlight Valley, yang dipenuhi dengan karakter-karakter Disney dan Pixar, telah dilanda satu kejadian misteri, dipanggil The Forgetting, di mana kesemua karakter itu telah hilang ingatan. Pemain dibenarkan untuk mengubahsuai karakter sendiri, dan gunakannya untuk membantu masyarakat Dreamlight Valley kembalikan ingatan mereka.

Dalam pada berinteraksi dengan karakter-karakter Disney ini, para pemain boleh membina dan mengubahsuai rumah dan kampung masing-masing. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah memancing, memasak dan lain-lain, bertemankan karakter-karakter Disney yang sesuai dengan aktiviti tersebut.

Walaupun sebuah game percuma apabila ia dilancarkan kelak, para pemain yang ingin mendapatkan akses lebih awal boleh beli Founder’s Pack, yang juga tersedia untuk pelanggan Xbox Game Pass. Akses awal ini dijadualkan dikeluarkan pada tahun ini.

Comments
Loading…