in

Disney Tutup Server Haram Club Penguin Online Selepas Jadi Tempat Penyebaran “Penguin e-Sex”

Disney telah menutup server haram Club Penguin Online. Salah satu server tidak rasmi terbesar yang dicipta oleh peminat untuk game kasual multiplayer.

Server tersebut telah ditutup pada hari Jumaat lalu dengan dikenakan tindakan di bawah akta Digital Millennium Copyright Act oleh The Walt Disney Company kerana melanggar hak cipta.

Menurut laporan siasatan oleh BBC, kebanyakan para pengguna yang menggunakan Club Penguin Online itu ialah kanak-kanak dan remaja. Majoriti daripada mereka telah terdedah kepada mesej-mesej tidak tersirat yang berbaur seksual dan rasis. Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki memiliki gambar-gambar penderaan kanak-kanak.

Disney Menutup Server Haram Club Penguin Online Selepas Ia Menjadi Tempat Penyebaran "Penguin e-sex"

Club Penguin telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh Disney. Club Penguin sememangnya disasarkan kepada pengguna kanak-kanak. Sejak itu, seramai lebih daripada 200 juta pengguna telah menggunakannya. Versi asal laman web itu dulu mempunyai fungsi untuk menapis apa-apa sahaja mesej yang tidak sesuai untuk dikongsi. Terdapat juga sekumpulan moderator yang juga melakukan tugas yang sama.

Selepas penutupannya pada tahun 2017, banyak laman web klon mula wujud di ruang internet dan kebanyakannya tidak ada fungsi penapisan seperti versi asal. Sebaliknya, moderator tidak lagi membuang kandungan rasis, tapi para pengguna telah terlibat dalam kegiatan “penguin e-sex” iaitu menghantar dan menerima mesej-mesej tidak tersirat.

Disney Menutup Server Haram Club Penguin Online Selepas Ia Menjadi Tempat Penyebaran "Penguin e-sex"

Sebelum ini Club Penguin Online mempunyai 8 juta pengguna selama lebih dua tahun, menjadikannya sebuah game klon yang mempunyai pengguna paling ramai yang pernah dicipta oleh peminat selepas versi asal. Terdapat juga peningkatan mendadak dalam jumlah pengguna di laman web itu semasa pandemik COVID-19.

Dalam post blog yang telah dibuang, Club Penguin Online mengesahkan bahawa server itu tidak lagi beroperasi selepas Mei 2020 kerana atas pertuduhan melanggar hak cipta. Kenyataan dari mereka menjelaskan bahawa untuk mengembalikan semua laman web ini adalah sukar sekarang kerana ia telah melibatkan Disney dan ia amat tidak berbaloi untuk melakukannya.

Laporan penuh mengenai pertuduhan itu boleh dilihat di Lumen Database yang menyatakan versi Club Penguin itu adalah tidak sah dan mengandungi kandungan yang melanggar hak cipta.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Semua Skater Legenda Akan Berusia Seperti Dunia Sebenar Dalam Tony Hawk’s Pro Skater Remaster

Semua Skater Legenda Dari Game Asal Akan Kelihatan Berusia Dalam Tony Hawk’s Pro Skater Remaster

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Epic Games Store Kembalikan Sebahagian Wang Untuk Game Yang Dibeli Sebelum Adanya Jualan Murah