in , ,

Disney Mengumumkan Star Wars: Rivals, Shooter Multiplayer Untuk Peranti Mobile

Tak serik lagi dengan Star Wars Battlefront II?

Disney dan Lucasfilm secara rasminya mengumumkan real-time shooter baru dalam universe Star Wars bertajuk Star Wars: Rivals.

Mengambil prinsip arena multiplayer PVP seperti Overwatch, pemain boleh memilih pelbagai seleksi hero seperti Poe Dameron, Darth Vader, Finn dan banyak lagi yang mempunyai kebolehan mereka tersendiri dalam pertarungan dengan pemain lain di arena multiplayer Star Wars: Rivals.

Seperti biasa, anda harus mengikuti aliran (progress) game dan kumpul drop barang untuk mendapatkan karakter baru. Semakin anda rajin bermain, anda berpeluang untuk memiliki hero paling jarang dalam game itu yang mempunyai kuasa paling unik.

Jom tengok trailer Star Wars: Rivals untuk mobile di bawah:

Star Wars: Rivals ialah percuma untuk dimuat turun tetapi ada pembelian mikro sehingga mencecah $99.99. Game ini juga boleh dimainkan secara cross-platform untuk Android dan iOS.

Pemain yang mendaftar awal di Google Play Store akan mendapat akses eksklusif untuk askar bantu Death Trooper manakala bagi iOS akan mendapat akses untuk Rebel Special Forces dalam masa terhad apabila game ini dilancarkan.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bandar-Bandar Baru Dalam Fortnite Battle Royale Mula Diperlihatkan, Akan Tiba Pada Minggu Hadapan

Tarikh Pelancaran God of War Tertiris Lagi Sekali Menunjukkan Pada 22 Mac – Betul Ke Bohong!?