Raja Troll Kontroversi si PewDiePie khabarnya dibuang dari syarikat yang menguruskan pengedaran video beliau kerana video-video berbaur anti-Yahudi.
The Wall Street Journal melaporkan personaliti YouTube popular PewDiePie (Felix Arvid Ulf Kjellberg) telah dilepaskan oleh Disney selaku pemilik syarikat Maker Studios yang mengedarkan video-video bagi PewDiePie. Disney melepaskan beliau selepas kontroversi video-video PewDiePie yang mengandungi mesej-mesej anti-Semitic/Yahudi dan Nazi.
Saksikan video dari Wall Street Journal tersebut di bawah:
Menurut Wall Street, Disney berpendapat bahawa video-video tersebut “tidak sesuai” dan kerana itu syarikat tersebut memutuskan hubungan mereka dengan PewDiePie. Laporan tersebut memetik beberapa kejadian dan menyertakan video-video sebagai bukti mesej berbaur anti-Yahudi, termasuk video dari 11 Januari lepas di mana PewDiePie menonton video dua lelaki yang memegang sepotong kertas yang tertulis, “Death To All Jews” / “Maut Bagi Semua Yahudi”.
Laporan yang sama mengatakan YouTube enggan memberikan komen terhadap video-video PewDiePie.
Comments
Loading…