in , ,

Disney+ Hotstar Malaysia Tidak Boleh Ditonton Di Konsol Gaming Seperti PS4, PS5, Xbox

Satu berita hiburan tempatan paling hangat minggu ini tentunya adalah pengumuman pelancaran Disney+ Hotstar untuk pasaran Malaysia.

Bagi mereka yang sering menonton Netflix di konsol gaming, seperti Xbox dan PlayStation, pastinya tertanya-tanya apakah kita juga boleh tonton Disney+ Hotstar di konsol kegemaran kita.

Berita kurang baik untuk korang, Disney+ Hotstar untuk pasaran Malaysia belum lagi akan menyokong tontonan di konsol gaming.

Dalam satu tweet oleh penulis Amanz, Effi Saharudin, beliau berkongsikan apakah platform-platform rasmi yang Disney+ Hotstar Malaysia sokong setakat ini. Secara ringkasnya, apabila dilancarkan pada 1 Jun kelak, kita boleh tonton Disney+ Hotstar Malaysia di desktop, Android, iOS, Android TV, Chromecast, dan Apple tvOS.

Untuk platform konsol gaming dan juga televisyen-televisyen pintar yang tidak menggunakan sistem operasi Android TV, tidak dinyatakan dalam senarai platform rasmi ini.

Perkara ini turut disahkan dalam satu tweet dari akaun rasmi Disney+ Malaysia:

Disebabkan tiada kata rasmi sama ada Disney+ Hotstar Malaysia “belum lagi” atau “tidak akan” dilancarkan ke konsol gaming, maka kita masih belum tahu sama ada ia akan hadir ke konsol gaming ataupun tidak.

Jadi, kepada korang yang ingin tonton Disney+ Hotstar Malaysia di PS4, PS5, Xbox One atau Xbox Series, harap bersabarlah dulu ya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ratchet & Clank: Rift Apart Kini Boleh Dipra-Tempah, Edisi Standard Pada RM299

The Last of Us Remake Dilaporkan Bukan Setakat Tambahbaik Grafik, Tapi Lebih Daripada Itu