Sesetengah peminat yang kurang gemar dengan game-game yang diterbitkan Ubisoft sering mempersoalkan mengapa Disney melantik Ubisoft untuk membangunkan game dari dua francais besar mereka.
Apa pun tanggapan para peminat, Disney nampaknya begitu yakin dengan Ubisoft sehingga tidak teragak-agak untuk membenarkan studio-studio di bawah Ubisoft membikin game Avatar dan Star Wars.
Dalam temu bual bersama IGN, Naib Presiden Kanan Walt Disney Games, Sean Shoptaw telah mendedahkan bahawa Disney telah diyakinkan untuk membenarkan Ubisoft membikin game open-world Star Wars semasa pertemuan pertama kali kedua-dua pihak — yang mana pertemuan itu sebenarnya adalah untuk membincangkan tentang game Avatar.
Januari lalu, kita telah digemparkan dengan pengumuman oleh Lucasfilm Games tentang pembikinan sebuah game open-world Star Wars yang dketuai oleh Ubisoft Massive.
Ketika ditanyakan kepada Shoptaw mengenai idea open-world untuk game Star Wars, beliau mendedahkan ia merupakan keputusan yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak sejak awal.
Game Avatar yang disebutkan itu juga baru-baru ini sudah diperlihatkan buat kali pertama, setelah lebih empat tahun mengumumkannya. Berjudul Avatar: Frontiers of Pandora ia juga merupakan sebuah game open-world.
Comments
Loading…