in

Disney Bakal Lancarkan Set-Top Box – Bermain Game-Game Disney Dan Stream Media

Sebuah set-top box yang disasarkan untuk golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

Sumber: IGN

Disney mengumumkan bakal melancarkan sebuah set-top box terbaru yang bakal membenarkan pengguna melakukan streaming media dan bermain game-game Android yang terdapat dalam dunia Disney. Bakal dipanggil dengan nama Disney Kids TV, ia dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2017.

3 tema bakal ditampilkan dalam sistem ini semasa pelancaran, iaitu Frozen, The Avengers dan Disney Kids. Ia bakal membawakan filem-filem, rancangan televisyen dan game. Selain itu, ia turut dilaporkan berupaya memuatturun apa sahaja yang terdapat di Google Play Store. Lebih menarik, ia juga menyokong resolusi 4K.

Set-top box ini akan dijual dengan harga USD99 (~RM442). Sebuah controller berjenama Disney turut dijual secara berasingan dengan harga USD39 (~RM174). Walau bagaimanapun, controller ini dikatakan tidak wajib dibeli untuk bermain game di sistem ini kerana mana-mana controller yang memiliki Bluetooth boleh digunakan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Prototaip Laptop 3-Monitor-Dalam-1 Razer, Project Valerie Telah Dicuri Di Booth CES 2017

Microsoft Sahkan Pembangunan Game Scalebound Telah Dibatalkan