Sejak bermulanya penularan wabak COVID-19 awal 2020, gamer seluruh dunia begitu terkesan. Gamer PC terkesan dengan kekurangan komponen-komponen PC, manakala gamer konsol cukup terseksa dengan pelancaran PS5 dan Xbox Series semasa pandemik global.
Kini lebih setahun yang tidak menunjukkan sebarang pemulihan, kekurangan stok komponen-komponen gaming PC ini menyebabkan ia telah diseludup di Hong Kong.
Pihak kastam kerajaan Hong Kong telah mengeluarkan kenyataan (via GameRant), mendedahkan bahawa cubaan menyeludup barangan-barangan PC dilakukan menggunakan bot-bot memancing telah berjaya dipatahkan.
Ketika operasi, pegawai-pegawai kastam Hong Kong telah merampas pelbagai barangan seperti makanan, produk kosmetik, telefon pintar serta barangan gaming PC seperti GPU, RAM dan SSD.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kekurangan stok komponen-komponen PC dan konsol ini adalah penutupan kilang-kilang pembuatan semikonduktor di negara-negara Timur semasa awal penularan COVID-19.
Comments
Loading…