in , , ,

Digimon Story: Cyber Sleuth: Pengembaraan Ke Alam Maya!

digimon-story-001

Mana dia kipas susah mati Digimon! Wow game Digimon nampaknya nak masuk ke console PlayStation 4! Bila itu?

Developer game ini, iaitu Media.Vision Inc. mengumumkan bahawa Digimon Story: Cyber Sleuth akan menemui peminatnya pada 5 Februari 2016.

Game ini berkonsepkan role-playing game/classic-turn-based dan boleh dimainkan secara single-player dan juga multiplayer. Game ini terdapat di console PlayStation 4 dan juga PS Vita.

Bermain di dalam dunia Digimon, tangkap, latih dan upgrade Digimon korang dalam menghadapi misi yang penting – menangkap penjenayah cyber yang telah melakukan kekacauan di dunia Cyberspace Eden. Dianggarkan terdapat lebih dari 200 Digimon untuk dilatih dan ditangkap.

Jom kita usha trailer Digimon Story: Cyber Sleuth:

So amacam guys, buktikan kat kitorang yang korang ni kipas susah mati Digimon! Macam mana? Kumpul la duit itu, dan standby je 5 Februari nanti.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

World of Tanks: Kini Di Playstation 4!

Sony Keluarkan Senarai Game Paling Banyak Dimuat-Turun di PS Store Pada 2015