Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona mahu mengambil tindakan undang-undang kepada penerbit Pro Evolution Soccer, Konami, yang dikatakan telah menggunakan persamaannya dalam video game tanpa kebenaran.

Dalam siri-siri PES sebelum ini, Konami sememangnya menampilkan ramai pemain legenda yang cukup tersohor. Namun, ia tidak menggunakan nama sebenar pemain itu, sebaliknya hanya menggunakan nama rekaan, kerana tidak mendapatkan kebenaran pemain-pemain tersebut.

Misalannya, nama “Malgani” digunakan ke atas pemain yang jika dilihat kepada datanya, boleh dikenali sebagai Diego Maradona.

Namun, dalam siri terbaru mereka, PES 2017 telah membawakan beberapa pemain legenda ke dalam mode myClub secara rasmi. Ronaldo de Lima, Ronaldinho, Michael Owen, Gary Lineker dan Thierry Henry adalah beberapa pemain legenda yang ditampilkan.

Walau bagaimanapun, Maradona melalui akaun Facebook rasminya telah menyatakan bahawa penggunaan namanya dan persamaan yang terdapat dalam PES 2017 tidak mendapat kebenarannya. Ini kenyataan beliau:

“Saya mendengar semalam bahawa syarikat Jepun, Konami telah menggunakan gambar saya untuk game mereka PES 2017. Malangnya, peguam saya Matias Morla akan mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya. Saya berharap ini bukanlah satu lagi penipuan.”

Buat masa ini Konami belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Teruskan bersama JomGaming.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.