in , , ,

DICE Umumkan Mode Baru Dan Map Percuma Untuk Battlefield 1

Ini telah diumumkan melalui laman rasmi Battlefield 1.

battlefield-1-00

Mode yang dikenali sebagai Line of Sight ini bakal menggantikan mode Fog of War dan menyerupai mode Rush, tetapi hanya akan boleh dimainkan oleh class Medic dan Scout sahaja. Di samping itu, setiap peluru Scout akan digandakan damage-nya sebanyak 2 kali.

DICE turut mengumumkan bahawa pada Disember ini, semua pemain akan menerima map yang dikenali sebagai Giant’s Shadow, yang berlaku pada tahun 1918 semasa peperangan Battle of the Selle.

Battlefield 1 telah dilancarkan sepenuhnya pada 21 Oktober 2016 dan merupakan siri yang paling berjaya untuk studio DICE buat masa ini.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Perbandingan Perbezaan Antara Final Fantasy XV Dengan Demo Episode Duscae

Rainbow Six Siege: Sepanyol, Hong Kong, Poland, Korea Selatan Diumumkan 4 Negara Untuk Year 2