Bakal tiba? Bila tu?
EA pada minggu lalu telahpun mengumumkan yang semasa acara EA Play yang bakal berlangsung pada Jun ini, Battlefield 2018 akan boleh dimainkan, bersama-sama dengan beberapa game lain daripada EA.
Terbaru, video editor DICE, Randy Evans telah mengsahkan di Twitter beliau bahawa video trailer pendedahan untuk Battlefield terbaru ini “bakal tiba”. Bilakah tarikh bertuah itu, masih belum didedahkan.
https://twitter.com/killat0n_/status/967481283445231617
Sebelum ini, kami menjangkakan yang trailer untuk Battlefield baru ini berkemungkinan besar akan dipaparkan buat pertama kali pada Mei ini. Namun, daripada apa yang telah diperkatakan oleh Evans ini, kita mungkin akan dapat melihatnya dengan lebih awal!
Persoalan yang semakin hari semakin mendebarkan – apakah tema yang bakal dibawakan ke dalam dunia Battlefield kali ini? Sama-sama kita nantikan.
Comments
Loading…