in , , , ,

DICE Jawab Persoalan Tentang Kemungkinan Mode Battle Royale Dalam Battlefield V

Battle royale dalam era Perang Dunia Kedua? Mungkinkah?

Semalam, EA dan DICE telah mengadakan satu acara khas memperkenalkan Battlefield V kepada umum — mendedahkan beberapa info awal tentang game yang akan menggunakan latar belakang Perang Dunia Kedua ini. Ada segelintir peminat yang mahukan mode battle royale dibawakan ke francais ini agak kecewa kerana mode itu tidak disentuh langsung dalam acara tersebut.

Terbaru, bercakap kepada Eurogamer, pengarah kreatif DICE,Β Lars Gustavsson ada memberikan komen apabila ditanyakan tentang persoalan battle royale dalam Battlefield V.

Apabila ditanyakan apakah mode seperti Fortnite Battle Royale ini akan ditambah ke dalam game selepas ia dilancarkan, ini jawab beliau:

“Saya menerima soalan ini sangat banyak! Bagi kami, saya bermainnya banyak dengan anak-anak di rumah dan kami sangat menikmatinya. Ia perjalanan yan mengagumkan untuk kami, kami (DICE) selalu bersama dan bercakap tentang bagaimana ia boleh masuk ke dalam Battlefield, semua kenderaan-kenderaan kami dan sandbox itu dan semuanya. Jadi, ia semestinya ada perbincangan berlaku dan banyak keseronokan yang berlaku terhadap ke mana pasaran ini sedang bergerak, namun tiada apa yang kami boleh perkatakan sekarang.”

KemudianΒ Gustavsson ditanya lagi tentang adakah 64 pemain akan berfungsi baik untuk mode battle royale, ini balas beliau:

“Kami perlu mencubanya! Ia menarik, saya teringat dokumen rekaan untuk Battlefield 1942 yang saya masih simpan di rumah, dan ia menyatakan 128 pemain. Tapi sejak kami keluar dengan 64, masa untuk bertempur dan semuanya… Kami akan lihat ke mana kita boleh bawa pada masa akan datang, tetapi 64 pemain, kami rasa kita akan ada intensiti yang tinggi di dalam medan tempur.”

Daripada apa yang diperkatakan oleh beliau, nampaknya kita mungkin tidak akan dapat mode battle royale dalam Battlefield pada masa terdekat. Atau mungkin mereka mahu berahsia?

Apa pula pendapat korang? Mahukan mode popular ini dibawakan ke dalam Battlefield, atau biarkan saja Battlefield menjadi Battlefield?

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Detroit: Become Human: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Buktikan Kuasa Saiyan-Mu Dalam Pertandingan Dragon Ball FighterZ Dan Pelbagai Aktiviti Menarik Di AMG-chan 2018!