Sekiranya korang terlepas, berita tergempar dalam dunia gaming pada hujung minggu lalu ialah pengumuman game mobile terbaru oleh Blizzard, iaitu Diablo Immortal.
Tapi sabar dulu, itu belum menggemparkan lagi. Apa yang lebih menggegarkan ialah peminat di seluruh dunia telah mengkritik game ini dengan begitu kuat sekali. Ramai yang mahukan Diablo 4, tetapi sebaliknya para pemain disajikan sebuah game mobile dalam siri Diablo yang terasa seperti tiada jiwa Diablo itu sendiri.
Malah, di acara Blizzcon 2018, booth untuk Diablo Immortal tidak mendapat sambutan, sesuatu yang agak pelik memandangkan acara ini akan sentiasa mendapat perhatian ramai, tidak kira game apa yang ditawarkan oleh Blizzard sebelum ini.
I have never seen a game get so little attention at Blizzcon. from gaming
Terbaru, bercakap kepada Gamespot, Wyatt Cheng (principal game designer) dan Joe Hsu (senior game producer) dari Blizzard telah memberikan respon mereka kepada kritikan yang diterima mereka untuk game ini.
Cheng mulakan penjelasan dengan mengatakan yang Diablo Immortal dibawakan ke mobile kerana francais ini sudahpun wujud dengan baik di konsol dan PC; maka ruang seterusnya untuk perkembangan ini ialah ke arah pasaran mobile yang kini berkembang pesat.
“Pada akhirnya nanti, di Blizzard, kita semua adalah gamers. Dan kami semua bermain banyak game di semua platform, konsol, PC. Kami main board game. Kami main card game. Kami hanya main game, dan ramai daripada kami main game mobile. Dan apabila kita lihat kepada peluang untuk menghasilkan game mobile yang hebat, kami mahu ambilnya.”
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa membawakan Diablo ke mobile adalah kerana terdapat banyak kisah dalam universe itu yang boleh diceritakan. “Kami sedang melihat pada waktu 20 tahun antara Diablo II, Lord of Destruction, dan Diablo III, dan kami katakan, ‘semua kejadian ini berlaku, jadi kami patut lihat untuk ciptakan sebuah game yang boleh mengembara ke ruang masa itu.'”
Beliau menambah lagi yang kehadiran Diablo Immortal ialah seperti filem Star Wars: Rogue One yang wujud dalam universe Star Wars yang lebih luas, tetapi masih boleh ditonton dan dinikmati filem ini secara sendiri.
Hsu pula menegaskan yang membawa Diablo ke mobile mewakili usaha Blizzard untuk mencuba pelbagai perkara baru serta membawakan Diablo ke lebih ramai orang.
Untuk korang yang berminat, Diablo Immortal akan diterbitkan untuk peranti Android dan iOS dan pra-pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web Blizzard.
Comments
Loading…