in

Diablo Immortal – Bila Blizzard Mula Melangkah Ke Dunia Mobile

Akan tiba untuk semua peranti Android dan iOS.

Diablo Immortal, diumumkan di Blizzcon 2018 adalah sebuah Massively Multiplayer Online Action RPG (MMOARPG) yang dibangunkan bersama oleh Blizzard dan NetEase.

Menurut Blizzard, Diablo Immortal akan membawakan kisah yang berlaku antara siri Diablo II dan Diablo III, dimana serpihan Worldstone mula membawa korupsi ke dunia Sanctuary.

Terdapat 6 class telah diumumkan buat masa ini iaitu:

  • Barbarian
  • Monk
  • Wizard
  • Crusader
  • Demon Hunter
  • Necromancer

Pada mereka yang berminat, Diablo Immortal akan diterbitkan untuk peranti Android dan iOS dan pra-pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web Blizzard.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jualan Game Di Steam Akan Mula Dikenakan Cukai Oleh Kerajaan Malaysia Bermula Januari 2020

Selepas Kerajaan Umumkan Pelaburan RM10j, Razer Pula Akan Melabur RM10j Lagi Untuk Esports Di Malaysia