in , , , , ,

Diablo II: Resurrected Diumumkan Untuk PC, PlayStation, Xbox, Switch – Menyokong Cross-Progression

Blizzard Entertainment dan developer Vicarious Visions telah mengumumkan sesuatu yang telah diminta peminat sejak sekian lama.

Diablo II: Resurrected telah diumumkan, iaitu versi remastered kepada Diablo II yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2000. Ia bakal dilancarkan untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, dan Switch pada tahun 2021.

Paling menarik, Diablo II: Resurrected akan menyokong ciri cross-progression antara semua platform yang dilancarkan. Versi remastered ini akan menampilkan game asas Diablo II serta expansion Lord of Destruction.

Satu kelainan yang dibawakan dalam game ini kelak ialah di sebalik membawakan grafik terkini yang ditambahbaik, pemain diberikan pilihan untuk bermain dalam grafik asal ketika dikeluarkan lebih 20 tahun lalu — pertukaran jenis grafik ini dapat dilakukan hanya dengan menekan satu butang.

Jom saksikan trailernya:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerajaan Arab Saudi Labur Lebih RM12b Dalam EA, Activision Blizzard, Take-Two

Saksikan Trailer Penuh DOTA: Dragon’s Blood, Tentunya Ada Banyak Naga