in , , ,

Diablo 3: Patch 2.4.0 Hadir Dengan Kandungan Percuma Yang Menyeramkan!

Berita gembira buat kipas-susah-mati Diablo 3! Blizzard telah mengumumkan map baru yang diberi nama ‘Greyhollow Island’ yang bakal tiba bersama patch 2.4.0.

Menurut Blizzard, Greyhollow Island adalah sebuah kepulauan yang telah disumpah dan dipenuhi oleh pelbagai misteri. Kawasan baru ini mempunyai sedikit NPC untuk pemain berinteraksi dalam usaha mewujudkan suasana terasing dari sebarang tamadun.

diablo-3-M0KUHOHMX6ZA1449679254131Melalui kandungan terbaru ini, pemain diberi tanggungjawab untuk mengungkai segala misteri di pulau tersebut!

Patch 2.4.0 ini juga bakal memberi event baru kepada pemain, menambah bilangan 16 musuh dan juga set dungeons yang baru.

diablo-3-XZXCRCQUO2FF1449679254079Update dan kandungan percuma sebegini adalah antara tindakan yang patut dicontohi oleh developer lain jika mereka benar-benar inginkan sokongan dari peminat yang berkekalan.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Ocean 5: Gameplay Terbaru Dari Livestream Square Enix!

JomRakam! Ep. 1: Chipmunk versus Zombies!