in , , , , , , ,

DevNow 2022: Kesemua Update Kepada 5 Game Cookie Run Dan 2 IP Terbaru Dari DevSisters

Pada 14 April 2022, Devsisters (DevSis) menjalankan acara Online Showcase mereka yang pertama dikenali sebagai DevNow 2022.

DevSis mengumumkan 2 update kepada game Cookie Run yang masih berlangsung dan 3 game terbaru Cookie Run. 2 IP terbaru yang luar dari francais Cookie Run turut diumumkan dan sememangnya unik dan lain dari francais Cookie Run.

Showcase ini berlangsung selama sejam dan penuh dengan informasi yang mengujakan. Dengan menggunakan hanya sebuah bilik kiub, setiap segmen akan bertukar rupanya dengan dinamik dan imersif mengikut game yang dibicarakan!

Jom kita lihat, apa yang menarik dari setiap segmen yang diulaskan dalam showcase pertama DevSis!

Cookie Run: Kingdom

Cookie Run: Kingdom (CRK) telah pun melangkah ke tahun pertama mereka. Update terbaru ini akan menambah baik kualiti hidup dengan mengadakan preset-preset dan ‘clear’ button untuk rekaan Kingdom korang tersendiri! Jadi tak perlulah susah payah buang satu-satu bangunan untuk design baru untuk Kingdom korang!

Sebuah update terbaru dalam story adalah Creme Republic, kawasan baru yang bermula dari Vanilla Kingdom dan bukan di bawah naungan kingdom yang didirikan oleh 5 Ancient Cookies. Creme Republic tercipta apabila serangan terhadap Vanilla Kingdom dahulu ketika perang Tepung Gelap bergelora dan terdapat Cookie yang melarikan diri dan mendirikan bandar tersendiri.

Cookie Run: Witch’s Castle

Bagaimana Cookies tercipta? Apakah kisah sebalik penciptaan Cookies ini? Kita cuma hanya tahu The Witch yang ter-ciptakan Cookies dengan mengadunkan sekali tepung magik dan tepung halia sekali. Dengan itu lahirlah GingerBrave dan GingerBright!

Bersama rakan-rakan Cookies yang lain larikan diri dari dapur The Witch dengan menyelesaikan puzzle dan menghias istana korang! Cookie Run: Witch’s Castle akan dilancarkan pada tahun 2023.

Cookie Run: OvenBreak

Kembali bersama GingerBrave untuk menentang dunia Cookie World! Dalam update terbaru Cookie Run OvenBreak (CROB), sebuah karakter baru, Rambutan Cookie bersama pet, Floofy Fruity akan diperkenalkan. Gingerbrave dan rakan rakan turut akan menentang naga lagenda ke-4, Lychee Dragon di dalam story mode menentang naga tersebut setelah beberapa cookie dari kaum Rambutan menghilang.

Rambutan Cookie juga akan dapat melawan dan ‘parry’ raksasa untuk menghabiskan sebuah level. Pet Floofy Fruity turut membantu untuk menambahkan kembali stamina energy apabila sedang ‘running’. Sebuah Treasure baru dikenali sebagai Rambirdtan Handler Glove akan menyeru seekor burung yang akan menjatuhkan bulu sayapnya memberi lebih mata markah. Story mode yang akan datang bakal memberi ganjaran yang lebih lebat supaya korang boleh maksimumkan level cookie korang!

Cookie Run: Project B

Bertujuan untuk menjadi game aksi stratergi mudah alih, casual co-op, kalahkan raksasa dan menyelesaikan misi dengan pemain lain di menara misteri. Bersama GingerBrave, korang akan memanjat menara pancake yang beratus lapis dan berlawan raksasa di setiap level untuk berjumpa dengan karakter terbaru.

3 karakter terbaru di dalam francais Cookie Run juga akan diperkenalkan iaitu Icicle Cookie, Maple Cookie dan Calamansi Cookie yang tidak pernah muncul di dalam mana-mana game Cookie Run. Project B bakal dilancarkan pada tahun 2023, jika korang rasa mahu menjadi salah seorang tenaga dalam pembikinan game ini, korang juga boleh cuba nasib anda untuk mohon sebagai salah satu dev di DevSis di Korea!

Cookie Run: OvenSmash

Cookie Run: Ovensmash (CROS) ialah fighting game Brawl yang membawa mekanik seperti Super Smash Bros dan MOBA. Dalam game ini korang akan dijemput untuk memilih salah satu watak Cookie dan bertarung di Arena yang anda boleh pilih sesuka hati. Setiap Cookie akan mempunyai kebolehan tersendiri mengikut gaya permainan yang korang suka.

CROS akan memfokuskan kepada pengalaman PvP kompetitif. Game ini kelihatan game teragung seterusnya dalam dunia Cookie Run terutama sekali dengan reka cipta 3D!

Sekurang-kurangnya tiga mode multiplayer kelihatan yang jauh berbeza. Yang pertama Wanted Star, menempatkan lima pasukan menentang satu sama lain dalam peperangan Cookie habis-habisan.

Kedua ialah mode battle royale, yang menyaksikan 30 Cookie bertarung sehingga satu kekal sebagai juara. Akhirnya, terdapat mod pencarian harta karun, di mana pasukan sepuluh Cookies akan memburu berbilang harta yang tersembunyi dalam peta yang amat besar.

Buat masa ini, CROS akan berada di PC dan akan dilancarkan pada mobile serta konsol kemudian. Walaupun masih belum ada tarikh pelancaran yang tepat, DevSis bercadang untuk melancarkan CROS terbaharu sebelum akhir tahun ini di Android dan iOS. Judul game ini juga mungkin akan berubah mengikut keputusan DevSis.

Brixity

Brixity ialah game membina bandar kreatif yang akan datang dengan gaya seni poli rendah. 500 tahun yang akan datang, bersama kita membina dunia dengan memulihkan bumi yang tercemar kepada keindahan asalnya. Dengan menggunakan Brix untuk menyucikan planet dan membina rumah baru.

Terokai dunia korang dan mengunjungi dunia rakan yang lain! Korang juga boleh berkongsi blueprint rekaan korang bersama komuniti dan naikkan populariti korang sebagai arkitek Brixity yang terhebat!

Tarikh pelancaran masih belum diumumkan, Brixity boleh dimainkan di Android dan iOS apabila dilancarkan.

Dead Cide Club

Dead Cide Club adalah game shooter battle royale side-scroller di mana korang akan menembak orang jahat di dalam sebuah bangunan. Bertemakan psikologikal thriller, korang dan rakan-rakan boleh bermain bersama sambil memikirkan stratergi untuk berlawan dengan pilihan senjata yang beraneka. Fahami musuh dan kalahkan mereka sambil membawa pulang loot yang mewah.

Dead Cide Club akan tiba di PC dari Steam store.

Sungguh menarik untuk lihat betapa DevSis bertungkus lumus untuk membawa game baru Cookie Run dan 2 IP baru yang amat tidak dijangkakan.

Tak sabar untuk cuba game terbaru Cookie Run? Korang boleh pra-daftar Cookie Run: OvenSmash, Project B dan Witches Castle di aplikasi TapTap untuk versi mobile.

Dalam banyak-banyak game yang dipamerkan, sesungguhnya Project B dan OvenSmash kelihatan amat seronok untuk dimainkan, korang pula bagaimana?

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Waktu Pelancaran Stray Ditunda – Game Pemain Jadi Kucing Dalam Bandar Futuristik Cyberpunk

Warner Bros. Dilaporkan Menarik Minat Banyak Syarikat Untuk Ambil-Alih, Termasuk Sony, Microsoft, Tencent