in , , , , ,

Devil May Cry 5 Akan Ada Sistem Microtransaction Beli Bola-Bola Api Untuk Upgrade Karakter!

Devil May Cry dah berjangkit dah penyakit pay-to-win ni!

Dalam Devil May Cry 5 (DMC5), korang boleh kutip Red Orbs / bola-bola api merah terutamanya selepas membunuh makhluk-makhluk puaka. Tetapi di dalam sesi demo DMC5 di Tokyo Game Show baru-baru ini, GameSpot telah membangkitkan isu pilihan pembelian bola-bola api merah ini menggunakan duit sebenar!

Menurut Hideaki Itsuno, pengarah DMC5, “Dengan kebolehan membeli Red Orbs, kami ingin membeli pilihan kepada pemain. Jika mereka mahu menjimatkan masa dan mendapatkan semua benda sekali harung, mereka boleh melakukannya. Bagaimanapun, saya rasa mereka tidak perlu mendapatkan kesemua benda (skill, gerakan baru) tersebut. Mereka boleh memainkannya sebagaimana yang mereka inginkan.”

Ini bukanlah kali pertama game DMC menampilkan sistem microtransaction.

Di dalam DLC bagi DMC4, sistem microtransaction nya membolehkan pembelian Red Orbs, Blue Orbs dan Proud Souls. Bagaimanapun, sistem ini dimasukkan ke dalam game yang sudahpun dilancarkan dan sudahpun seimbang dalam sistem permainannya jadi ianya boleh dimainkan tanpa microtransaction.

Adakah DMC5 akan kedekut dengan menghadiahkan Red Orbs / bola-bola api merah nanti sehingga memaksa pemain membeli menggunakan wang sebenar?

Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya nanti. DMC5 dijangka akan diterbikan pada 8 Mac 2019.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Syed Saddiq Umumkan Esports Mall Pertama Di Asia Tenggara, Akan Bertempat di Klang, Selangor

The Walking Dead: The Final Season Mungkin Akan Diteruskan, Tetapi Banyak Lagi Persoalan Yang Masih Belum Terjawab