in , ,

Developer Rocket League Dalam Perancangan Membangunkan Satu Lagi Game “Menarik”!

Selepas kejayaan Rocket League menjadi satu sensasi di seluruh dunia gaming, kini Psyonix dalam perancangan untuk sesuatu yang lebih menarik!

12194730_1653494618267518_1070475979835100011_o

Dalam satu temu ramah yang dilakukan Game Informer bersama CEO Psyonix, Dave Hagewood memberitahu bahawa mereka mempunyai sebuah projek “besar yang tertangguh” dan berharap mereka dapat berkongsi mengenainya pada masa akan datang.

“Kami mempunyai projek besar tertangguh yang sangat menarik”, kata beliau. Kata Hagewood lagi, “kami sentiasa berusaha untuk menyokong Rocket League, namun, kami juga sedang membangunkan projek baru, iaitu projek yang sangat besar dan menarik.”

rocket-league-1Beliau menambah, Psyonix kini memiliki pasukan yang bukan sahaja mampu untuk menyokong Rocket League sepenuhnya, malah mampu untuk fokus kepada projek lain. Pasukan mereka ini telah berkembang, di mana ia memiliki pasukan yang lebih ramai jika dibandingkan ketika mereka pertama kali membina Rocket League.

Memetik kata-kata Hagewood:

“We have this massive backlog of really awesome things.

We’re trying to do this hybrid approach now where we put everything we can back into Rocket League, but are also developing new projects, new exciting things, that we we hope to reveal at some point.

We’re definitely all in on Rocket League, but we have a pretty large team, actually, compared to what it took us to build Rocket League in the first place. It’s more than what we actually need to be all in on Rocket League, to do almost everything we want to do to continue Rocket League. We do want Rocket League to be this base that kind of replaces that contract work revenue that kept us stable for so long.”

JomBaca: “Peminat Lebih Banyak Mempromosikan Rocket League Berbanding Kami” – Psyonix

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Filem The Last of Us & Uncharted Tidak Akan Siap Dalam Masa Terdekat!

Star Ocean 5: Integrity and Faithlessness: Nantikan Versi Bahasa Inggeris Jun ini!