in , , , , ,

Developer PUBG Ugut Untuk Ambil TIndakan Undang-Undang Terhadap Fortnite Kerana Mode Battle Royale

Nampaknya ada sebuah “battle royale” dalam genre battle royale.

Minggu lalu, para peminat genre battle royale telah tersenyum kerana terdapat satu lagi game baru yang akan membawakan ganre mode ini. Epic Games telah mengumumkan bahawa mode battle royale akan ditampilkan ke dalam Fortnite pada akhir bulan ini secara percuma, dengan mudahnya turut dikenali sebagai Fortnite: Battle Royale.

Sememangnya, Battle Royale dalam Fortnite itu telah Epic Games ambil inspirasi daripada game PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), sebuah game yang menjadi fenomena global, yang mana kini adalah pemegang rekod di platform Steam sebagai game paling ramai dimainkan pada satu-satu masa.

Kata Epic Games dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan apabila mengumumkan Battle Royale, “kami sukakan battle royale seperti PUBG, dan telah fikirkan Fortnite akan ada asas yang baik untuk versi kami sendiri.”

Mengambil genre ini ke dalam game mereka dan menyebutkan secara jelas tentang inspirasinya, nampaknya developer PUBG, Bluehole tidak berpuas hati. Bluehole telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak berbincang dengan Epic Games tentang genre ini, dan berhasrat untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Kami mempunyai hubungan berterusan dengan Epic Games sepanjang pembangunan PUBG memandangkan mereka adalah pencipta kepada UE4 (Unreal Engine 4), enjin yang kami dilesenkan untuk game ini” kata Bluehole, menurut laporan Polygon. “Setelah mendengar maklumbalas daripada komuniti dan melakukan sendiri review gameplay itu, kami bimbang bahawa Fortnite sedang meniru pengalaman yang dikenali dalam PUBG.”

“Kami juga dapat lihat bahawa Epic merujuk PUBG dalam promosi Fortnite kepada komuniti mereka dan komunikasi mereka dengan media. Ini tidak pernah dibincangkan dan kami rasakan ia tidak elok,” kata Chang Han Kim dari Bluehole.

Perkara ini pastinya telah menimbulkan satu senario baru dalam industri gaming. Mampukah satu-satu developer mempunyai hak-hak tertentu terhadapa suatu genre?

Apa pendapat korang pula? Adakah tindakan Bluehole mengugut Epic Games untuk diambil tindakan seterusnya melalui kenyataan media adalah sesuatu yang bijak? Atau sebaliknya?

PUBG kini boleh dimainkan di PC, dan dijadualkan untuk dilancarkan di Xbox One pada akhir tahun ini.

Fortnite kini boleh dimainkan melalui versi Early Access di PC, PS4 dan Xbox One. Fortnite: Battle Royale pula akan boleh dimainkan secara percuma bermula 26 September ini. Game ini dijangka akan dilancarkan sepenuhnya sebagai sebuah game free-to-play pada tahun hadapan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Concept Art Karakter Dari Thailand Dalam Overwatch Ini Sangat Cantik Hingga Menarik Perhatian Blizzard!

Minggu Depan, Info Terbaru Tentang Red Dead Redemption 2 Akan Didedahkan Rockstar