Adakah ianya masih bergenre game dera diri seperti Dark Souls & Bloodborne?

Dalam satu temuramah pada tahun 2016, Hidetaka Miyazaki, Presiden FromSoftware menyatakan bahawa mereka mempunyai 3.5 projek berbeza. Game terbaru mereka Déraciné adalah 0.5 daripada bilangan produk tersebut. Sekiro: Shadows Die Twice pula adalah 1 daripada projek yang sedang dibikin.

Fan art yang menggambarkan Bloodborne 2. lol

Baki 2 projek lagi masih belum diumumkan, tetapi Hidetaka Miyazaki berkata keduanya adalah “game tipikal FromSoftware” dan ianya akan diumumkan “tidak lama lagi”.

Peminat yang mengharapkan edisi berikutnya bagi Bloodborne pasti kecewa. Hidetaka Miyazaki mengesahkan Easter egg Bloodborne di dalam game Déraciné hanyalah Easter egg, dan bukannya mengacah-acah pembikinan Bloodborne 2.

So, korang rasa mampu ke FromSoftware menandingi dan mengatasi kehebatan game-game mereka sendiri nanti? Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.