in , , , , , ,

Developer CoD Tahun Ini Berkongsi Video Baru, Adakah Teaser Untuk CoD Tahun Ini?

Adakah Call of Duty untuk tahun ini sudah mula dikeluarkan teaser-nya – 2 bulan selepas pelancaran Infinite Warfare?

Siri Call of Duty bersilih ganti antara 3 studio pada setiap tahun. Black Ops III dari Treyarch pada 2015, Infinite Warfare dari Infinity Ward pada 2016, dan pada tahun ini ia akan kembali dibangunkan oleh Sledgehammer.

Terbaru, Sledgehammer telah mengeluarkan video terbaru, memberikan ucapan tahun baru 2017. Ia telah memperlihatkan sebuah mesin bernombor seakan-akan klasik yang memaparkan “2017”. Semestinya, tiada apa-apa kata yang menyatakan bahawa ia adalah teaser untuk game Call of Duty yang baru untuk tahun ini, namun para peminat sudah mula berspekulasi mengenainya.

https://twitter.com/SHGames/status/815467614445051904

Perang Dunia Kedua di London, Perang Vietnam, Modern Warfare 2 Remastered, Advanced Warfare 2 – itulah antara tema-tema atau latar belakang yang sudah para peminat mula cakap-cakapkan. Di bawah adalah beberapa tweet para peminat yang berspekulasi mengenai video ini.

https://twitter.com/GoldingLiam/status/815468524114034688

https://twitter.com/DOWNTOWNDEVIENT/status/815508167727730688

https://twitter.com/mmafan2445/status/815471795398672384

https://twitter.com/RobsStang/status/815496886178213889

https://twitter.com/Red_meme_queen/status/815469020623372289

Jadi, apa pandangan anda pula? Adakah ini sememangnya teaser untuk game Call of Duty yang akan dilancarkan pada tahun ini? Atau ini hanya sekadar video ucapan tahun baru sahaja? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xbox One Backwards Compatibility: Senarai Terkini Game Xbox 360 Untuk Tahun 2017 Didedahkan

Call of Duty: Lethal Combat: Sumber Mengatakan CoD 2017 Akan Bertemakan Perang Vietnam