deus-ex-mankind-divided-002

Deus Ex: Mankind Divided sudah pun ada trailer terbaru mereka! Trailer yang berdurasi selama 6 minit ini memaparkan watak utama iaitu Adam Jensen di dalam menghadapi konflik di mana beliau dan orang yang senasib dengannya – memilik anggota badan robotic ataupun augmentations, diburu dan dibunuh dengan kejam.

JomBaca: Deus Ex: Mankind Divide Delay Sehingga 6 Bulan!

Di dalam trailer ini juga ditunjukkan kelengkapan terbaru Adam Jensen dengan senjata dan juga tangan bionic yang lebih canggih. Selain itu juga peminat boleh menyaksikan sedutan tempat tinggal Adam Jensen dan juga beberapa tempat di sekitar Eropah yang bakal menjadi landmark untuk game ini.

Jom kita layan dulu trailer terbaru Deus Ex: Mankind Divided – Trailer 101:

Hebat dan teruja, kan? Tapi bukan itu sahaja, Deus Ex: Mankind Divided juga akan tiba dengan Collector’s Edition!

deus-ex-mankind-divided-001
BOXED EDITIONS (PlayStation®4, Xbox One, Windows PC)

Antara yang terdapat di dalam Deus Ex: Mankind Divided Collector’s Edition:

  • All Day-One Edition content
  • Figura Adam Jensen berukuran 9 inci
  • Artbook
  • Prism Box berwarna hitam emas
  • Steelbook

Collector’s edition ini dianggarkan berharga di dalam lingkungan RM 590 dan korang boleh dapatkan di kedai-kedai game yang terpilih.

Deus Ex: Mankind Divided akan berada dipasaran pada 23 Ogos 2016 untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Korang juga boleh miliki season pass pada tarikh yang sama.

ADIOS!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.