in , , , ,

Detroit: Become Human Mendedahkan Gameplay Dan Pilihan Baru Di Pentas PSX2017

Setiap keputusan di tangan anda.

Detroit: Become Human merupakan game terbesar seterusnya bagi Quantic Dream setelah diumumkan pada tahun 2015. Kini, game eksklusif ini antara yang dinantikan oleh semua pemain.

Mengekalkan ciri sama seperti Heavy Rain dan Beyond: Two Souls, produser Detroit: Become Human, Guillaume de Fondaumière meluangkan masa untuk bermain bersama-sama audiens di PlayStation Experience 2017 di California baru-baru ini.

Demo gameplay baru dimainkan adalah babak yang pernah ditonjolkan semasa E3 2016 iaitu menampilkan android bernama Connor dalam situasi seorang budak perempuan dijadikan sebagai tebusan oleh android peribadinya.

Tetapi, ianya bukan semuanya sama malah gameplay kali ini menunjukkan Connor dapat membuat pilihan lain berbanding dengan demo asal yang ditunjukkan semasa tahun lepas.

Saksikan audiens PlayStation Experience 2017 memilih keputusan untuk Connor menyelamatkan ikan emas di bawah:

Selain menjadi android RK800 Connor, anda berpeluang untuk merasai pengalaman sebagai android lain seperti Marcus dan Kara yang mempunyai perasaan bercampur-baur terhadap tujuan dan kegunaan mereka di mata manusia.

Menurut de Fondaumière, Detroit: Become Human adalah projek terbesar Quantic Dream pernah dihasilkan dengan skrip lebih daripada 2000 muka surat mengandungi beribu-ribu dialog interaksi yang menampilkan pelbagai cabang keputusan dipersembahkan untuk pemain membuat pilihan mereka tersendiri.

Detroit: Become Human kini dalam fasa pembangunan akhir dan dijangka akan keluar pada bulan Mac 2018 khas untuk PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PSX 2017: Dengarkan Persembahan Mengasyikkan Oleh Pelakon Suara Joel Dan Ellie Semasa Panel The Last of Us 2

PSX 2017: Saksikan Video Di Balik Tabir Membangunkan Game Adiwira Labah-Labah Terkenal, Marvel’s Spider-Man