Tiga game paling popular daripada Quantic Dream tidak akan menjadi game eksklusif untuk PlayStation lagi selepas ini.

Detroit: Become Human, Heavy Rain, dan Beyond: Two Souls akan dilancarkan ke Epic Games Store, sekaligus membenarkan para pemain di PC bermain tiga game daripada Quantic Dream itu buat kali pertama. Dalam kata lain, untuk platform PC, ketiga-tiga game ini akan dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store.

Laman untuk ketiga-tiga ini sudahpun dinaikkan di Epic Games Store, dan korang boleh kliknya di bawah:

Langkah ini sememangnya sudah dijangka selepas awal tahun ini, saham minoriti syarikat pembangunan itu telah diambil-alih oleh NetEase dan mengumumkan yang mereka tidak lagi akan mengeluarkan game-game eksklusif untuk PlayStation, serta bertukar ke arah multi-platform.

Ketiga-tiga game ini dijadualkan akan dilancarkan ke Epic Games Store pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.