in , ,

Detroit: Become Human Dah Ada Tarikh Keluaran Rasmi, Bakal Tiba Pada Mei Ini

Sebuah game eksklusif PS4 antara paling dinantikan bakal diterbitkan menjelang pertengahan tahun ini.

Setelah sekian lama dalam pembangunan, Detroit: Become Human merupakan game terbesar iaitu 20 kali ganda lebih kompleks berbanding game yang pernah dibangunkan oleh Quantic Dream.

Dari studio yang membangunkan Heavy Rain dan Beyond: Two Souls, game ini pernah diacah di Paris Game Week, E3 2016, E3 2017 dan juga di atas pentas PSX 2017.

Anda akan bermain sebagai pelbagai karakter android yang mempunyai personaliti dan jalan cerita tersendiri seperti Kara, Connor dan Markus serta bagaimana kehidupan mereka sebagai android mempengaruhi keadaan mereka dan juga manusia sejagat.

Sebelum ini, pengarah David Cage berkata tiada lagi tarikh sebenar untuk Detroit: Become Human tetapi akan diterbitkan pada tahun 2018.

Baru-baru ini, Sony mendedahkan tarikh rasmi untuk keluaran game ini iaitu bakal tiba pada 25 Mei 2018 eksklusif untuk PlayStation 4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Khabar Angin Laporkan GTA 6 Berada Di Vice City Dan Amerika Selatan, Tampilkan Watak Wanita Sebagai Karakter Utama

Facebook Lancarkan Kempen “Women in Gaming” Untuk Wanita Berkongsi Pengalaman Dalam Industri Video Game