in , ,

Detroit: Become Human Akan Dilancarkan Untuk PC Pada Bulan Depan, Saksikan Trailer Terbaru Dalam 4K

Quantic Dream telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru, sekaligus mengumumkan tarikh pelancaran untuk game yang sangat dinantikan untuk dikeluarkan ke PC itu.

Detroit: Become Human akan dilancarkan ke platform PC pada 12 Disember 2019 di Epic Games Store. Korang boleh saksikan trailer penuh memukau dalam resolusi 4K di bawah:

Detroit: Become Human telah dilancarkan ke PS4 pada April 2018, yang mana pada ketika itu merupakan game eksklusif untuk PlayStation. Namun, pada Mac 2019, mereka telah mengumumkan bahawa Detroit: Become Human, bersama dengan dua lagi game yang dibangunkan Quantic Dream (Heavy Rain dan Beyond: Two Souls) bukan lagi game eksklusif untuk PS4, sebaliknya akan dilancarkan ke PC.

Langkah ini terjadi apabila saham minoriti syarikat pembangunan itu telah diambil-alih oleh NetEase.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Hideo Kojima Tentang Death Stranding: "Pembikinan Game Sama Sahaja Seperti Proses Membuat Filem"

Apa Jadi Kalau Death Stranding Dikeluarkan Untuk PS1? Inilah Rupa Grafiknya!

Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Hideo Kojima Mula Mengacah Sedang Merancang Untuk Bangunkan Game Seram