in , , , ,

Destiny: Spark untuk Iron Banner atau Cinta Crimson yang terpendam?

Destiny kali ini kembali dengan membawa sparks Iron Banner dan bunga-bunga cinta! Adakah anda akan team-up untuk ignite the Rift atau berlawan berdansa dalam couples match? 😉

Spark, sparks everywhere! Spark nyalaan rift dan spark cinta sempena Hari Kekasih/ Valentines Day!

Iron Banner (IB), timed event yang berdasarkan teamwork PvP 6v6, akan bermula dari 27 Januari 2016 2:00 a.m (+8 GST) selama seminggu. Apa yang mengejutkan dan penting adalah gameplay IB kali ini adalah Rift!….. Rift? Macam mana ni?

Yes Guardians. Carry the spark! Ignite your glory!
Boleh dengar kan suara Lord Shaxx menjerit kat korang?

Traditionally, IB bermula dengan ‘Control’ di mana team yang memegang 2 zone ke-atas walaupun mempunyai bilangan kills yang sama dengan opponent, kebiasaannya akan menang. Atas permintaan ramai, Bungie memberi peluang dengan mengadakan IB – Clash di mana flag/control zone tidak dikira, which is more straight forward, skill kills and even points. Ini menunjukkan mode Control memerlukan lebih communication dan teamwork antara Guardians berbanding dengan Clash di mana anda boleh solo kill (kalau korang cukup O.P. la)

Spark Charging

Now that IB minggu ini adalah Rift untuk pertama kali nya, korang kena main ‘police and thief’. Sorang Guardian akan mencuri Spark dari tengah map, while Guardians lain akan jadi bodyguard menjaga member ‘Spark Runner’ dari arah depan, kiri, kanan, belakang, atas dan bawah dari mati ditembak musuh. Spark Runner takkan dapat menggunakan ‘Super’ walaupun fully charged dan kena lari ke arah gol pihak lawan untuk ‘ignite’ the Rift! Alah, macam main ragbi tapi carry Spark instead of bola, meredah tembakan musuh!

Spark Dunk

Scoring dia? Yes, ini lah punca Guardians mengeluh minggu ini. Rift merupakan sebuah gamestyle yang memerlukan kerjasama antara fireteam.

  • Kills sebagai Spark Runner = 150 points
  • Kill Spark Runner = 300 points
  • Kutip Spark = 300 points
  • Bawa Spark lari across checkpoints (ada 5) = 100 points per checkpoint
  • Igniting the Rift dengan Spark = 1500 points!
  • Igniting the Rift backwards = 1650 points dan animation backflip yang O.P. sangat.

Jika korang try main solo dengan random dan menghadap opponent full fireteam, maka petak lah korang kene pub-stomp dengan ‘Mercy’ rule! On the bright side, game cepat habis and cepat bermula semula. Amacam? Korang dah ada fireteam untuk mengejar Rank 5 IB?

Mari kita lihat apa yang Lord Saladin bawa pada kali ini. Taaa-daaaah~

Ashraven's Flight - Fusion Rifle
Ashraven’s Flight – Fusion Rifle
Colovance's Duty - Scout Rifle
Colovance’s Duty – Scout Rifle
Hunter's Iron Camelot Gears
Hunter – Iron Camelot Gears
Titans's Iron Camelot Gears
Titan – Iron Camelot Gears
Warlock's Iron Camelot Gears
Warlock – Iron Camelot Gears
Exclusive PlayStation4 timed drops
PlayStation 4 Exclusive Drops

Fuh, hanya sebab Iron Banner kali ni Rift, ramai yang dah mula mencari fireteam masing-masing. Tapi ada juga Guardians yang suka bermain berduet dalam PvP. Untuk Hari Kekasih Februari ini, Guardians dapat merasakan mode PvP doubles yang baru. Inilah masa anda!

Crimson Days di Tower
Crimson Days di Tower. Mawar atau darah? Menang atau pasrah?

Crimson Days, merupakan sebuah event Valentine’s Day yang berlangsung selama seminggu dari 9 Februari 2016. Sama seperti ‘Festival Of The Lost’ sempena Hari Halloween dan ‘Sparrow ‘Racing League’, Tower telah berubah gaya ambientnya untuk mengambil feel yang amat romantik untuk Februari ini. Penuh dengan kelopak mawar dan jambangan bunga ros. Tengok screenshot ni teringatkan cerita Crimson Peak, di mana rumah tersebut dikelilingi tanah merah bagaikan darah. Sebagai Guardian pula apa yang anda nampak? Darah oppenent atau mawar untuk si dia?

Sempena Crimson Days, Bungie akan mengadakan mode 2vs2 baru iaitu Crimson Doubles. Bukanlah mode doubles yang biasa, as it has a new features dimana cara gameplay dan mechanics yang berlainan dari Doubles. Terdapat loots istimewa seperti emblem dan (chocolate?) consumables yang boleh dikongsi bersama!

Bagi mereka yang nak try chemistry dan jodoh sambil Crucible, inilah peluang keemasan korang. Bila lagi nak tackle isu ‘trust and have each others back?’ Let the heart feel the spark! Asal kan main tak gaduh kena sepak!

“…With love, we draw and dance in blood.”

*Eherm eherm* Sorry jiwang sikit. Tak sabar nak merasakan Fusion Rifle baru Iron Banner sambil berdating dalam Crimson Doubles nanti!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League: Ranked Play Kini Dikenali Sebagai Competitive Matchmaking

Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?