in

Destiny: Patch Lagi!

hot_fixGuys and gals, Destiny, telah deploy hotfix/patch baru – jadi jangan terkejut kalau korang on game nanti, tetiba ada update ye. Sebelum tu, jom kita tengok apa kata Bungie mengenai patch kali ini.

Senjata:

  • Isu achievement/trophy ‘Packing Heat’ (Fully upgrade an Exotic weapon) yang glitch sebelum ini dah difix.
  • Isu drop Husk of Pit yang disable telah dienable kembali. (Better upgrade to Necrochasm guys, dengar khabar akan lagi ohsem dari Fatebringer!)
  • Drop rate Husk of Pit dari Blades of Crota telah dinaikkan sehingga 150%!

PVP (Crucible)

  • Update kepada playlist mode Control bagi map House of Wolves, untuk lebih menampilkan map yang kurang dimainkan seperti berikut:
  1. Rusted Lands
  2. Shores of Time
  3. Pantheon
  4. Exodus Blue (Sony)
  • Update kepada playlist mode Clash bagi map House of Wolves, untuk lebih menampilkan map yang kurang dimainkan seperti berikut:
  1. Firebase Delphi
  2. Twilight Gap
  3. Blind Watch
  4. Exodus Blue (Sony)
  • Ammo crates di dalam playlist Inferno dan Doubles kini memiliki nilai tuning yang berbeza:
  1. Spawn time dan selamasa bagi Special Ammo telah ditukar menjadi 180 saat. Bermula pada minit ke-3, 6, 9 etc.
  2. Sekurang-kurangnya 3 Special Ammo crates akan diletakkan pada satu-satu masa.
  3. Heavy Ammo crates akan spawn sekali sahaja dalam match pada saat ke 300/minit ke 5.

Tower

  • Tess Everiss telah meninggalkan kita semua…buat sementara waktu. Korang boleh cari terminal Kiosk dekat dengan makcik Eva Levante di North Tower untuk mendapatkan inventori Tess sebelum ini.
  • Shader dan Emblem bagi Nepal Aid telah dimasukkan ke dalam game. Kod akan dihantar kepada emel korang yang menderma, dan korang boleh redeem kat Kiosk di atas.

Teknikal

  • Crash semasa menutup skrin vendor telah difix.
  • Isu akaun diblok oleh error code WEASEL telah difix.
  • Isu feature suspend/resume di Xbox One telah difix.

Itu aje for now folks. Teruskan berjuang, see you in Destiny!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Destiny: Dreadnaught Scary, Besar Gedabak!

PSN Plus: Ini Kali Lah! Jom Undi!