Destiny Year One hampir melabuhkan tirai – dan pastinya ramai Guardians yang masih belum mendapatkan Triumph Bane of Skolas di dalam Prison of Elders (PoE) Level 35. Jangan risau, mai sini abang tunjukkan caranya – biar lambat asal selamat! Jom kita belasah Skolas tuh!
Semasa PoE masih mempunyai Elemental damage, Skolas nih kacang aje. Selepas Patch 1.2.0.3, kebanyakan player mula malas nak hadap pakcik nih – sebab dia nih memang susah untuk dibunuh!

Artikel ini akan memberikan korang tips dan kaedah lambat-tapi-selamat bagi mengalahkan Skolas walaupun korang tidak mempunyai Gjallarhorn!
+++++ PERSEDIAAN +++++
1. FIRETEAM HUNTER, WARLOCK, TITAN
Korang akan memerlukan Warlock Sunsinger, Titan Defender dan Hunter Bladedancer untuk teknik ini.




2. JENIS WEAPON WAJIB ADA
Pastikan korang bawak weapon-weapon yang fully upgrade untuk damage yang keras!

Gunakan Fang of Ir Yut sebagai Primary Weapon kerana damage output yang konsisten serta Arc damagenya. Kalau tak ada, pakailah apa-apa Primary dengan damage output yang tinggi – tetapi pecahkan Arc Shield dahulu dengan sniper sebelum menggunakan Primary Weapon selain Fang of Ir Yut.

Gunakan shotgun untuk clearkan musuh yang naik di kiri atau kanan platform korang nanti. Penulis cadangkan korang gunakan Found Verdict, 4th Horseman ataupun mana-mana shotgun Arc Damage yang dah full upgrade

Gunakan weapon jarak jauh ini untuk pecahkan Arc Shield ataupun tewaskan anak-anak buah Skolas. Sniper Rifles yang boleh korang pakai macam Patience & Time or Shadow of Veils. Bagaimanapun, elakkan menggunakan Sniper Rifle semasa menurunkan nyawa Skolas kerana selepas dipatch, pakcik tu tidak lagi Stagger.

Kalau ada Gjallarhorn, pakailah. Kalau tak, korang boleh reforge mana-mana Rocket Launchers dan dapatkan Arc Damage. Perk Tracking amat berguna dan elakkan perk Grenades & Horseshoes supaya korang tak bazirkan roket kat anak-anak buah Skolas.
3. DI BILIK MENUNGGU
Pastikan Super charge, heavy ammo reserve fireteam korang penuh sebelum keluar.

+++++ JOM PERANG! +++++
PART 1 – BUNUH SERVITOR, BARU ROKET SKOLAS!
Keluar aje pintu, korang semua terus bergerak ke platform di sebelah kanan!

Keluarkan shotgun korang dan ready untuk kill Servitor invisible di bawah platform tu.
Tips: Pastikan seorang Leader yang memberikan arahan untuk memudahkan flow permainan.
Musnahkan Servitor itu untuk memberikan korang buff damage “Servitor Bond Weakened”.

Apabila “Servitor Bond Weakened” telah muncul di sebelah kiri skrin korang, semua Guardians boleh mula membedil Skolas menggunakan heavy weapon, kerana Skolas kini lemah sehinggalah countdown “Servitor Bond Weakened” tamat.

Jangan membazirkan heavy ammo korang apabila countdown “Servitor Bond Weakened” telah tamat kerana damage yang dikenakan pada Skolas terlalu sedikit.
Korang rilek sekejap di platform kanan itu, sambil membunuh minion-minion Skolas! Jaga-jaga, splash damage tembakan Skolas amatlah merbahaya! Gunakan penghadang di platform itu dan menyoroklah sebaik mungkin. Sambil-sambil tu, pastikan heavy ammo, dan Super charge dipenuhkan.
Tips: Captains, Shanks dan Servitors akan randomly naik ke platform. Setelkan diorang dengan menggunakan shotgun. Bubble Titan juga boleh menjadi penyelamat pada saat sebegini!
PART 2: BUNUH SERVITOR KE-2, BARU ROKET SKOLAS!
Bila Super charge korang dah penuh, korang boleh proceed untuk bunuh Servitor kedua di kawasan bertanda B dalam peta. Tugaskan seorang Guardian (biasanya Bladedancer invisible) untuk musnahkan Servitor tersebut dan Guardians yang lain get ready untuk belasah Skolas dengan rocket launcher dalam serangan kedua.

Tips: Repeat PART 1 dan 2 sehinggalah nyawa Skolas jatuh ke 65%.
Apabila nyawa Skolas mencecah 65%, akan keluar isyarat bunyian seperti rantai putus dan “Servitor Bonds Are Broken” akan muncul di skrin.
PART 3: NYAWA SKOLAS 65% DAN EFFECT DEVOURING ESSENCE
Apabila korang berjaya mendapatkan “Servitor Bonds Are Broken”, korang tak payah lagi pergi mencari Servitor. Sekarang korang boleh mula membedil Skolas tanpa belas kasihan! Tapi takkan lah sesenang itu – effect ””Devouring Essence” akan mula menghuru-harakan suasana!
Guardian yang terkena effect ini akan mati jika “Devouring Essence” ini tidak diserahkan kepada Guardian yang lain sebelum countdown 30 saat itu tamat.


Tetapi awas!!!! Selepas Guardian A menyerahkan “devouring Essence” ini kepada Guardian B, Guardian A akan menjadi “Immune” selama 30 saat dan tak boleh nak “Absorb Essence”. Hanya Guardian C yang boleh “Absorb Essence” dari Guardian B.
Pastikan rotation penyerahan “Devouring Essence” berjalan dengan lancar dan tenang dari Guardian A > Guardian B > Guardian C > Guardian A…dan seterusnya.
Tips: “Absorb Essence” pada baki saat ke-10, dan pastikan korang menyorok sebaiknya semasa proses itu.
Sambil itu, jangan lupa membedil Skolas dan minion-minionnya. Pastikan nyawa Skolas tidak jatuh ke 50% – sebab pada 50%, next challenge akan bermula!
PART 4: NYAWA SKOLAS 50% DAN OBJEKTIF “DEFUSING SPLINTER MINES”
By the time korang habis membunuh semua minion Skolas, pastikan Super charge dan heavy ammo telah siap sedia. Bersedialah untuk passing “Devouring Essence” pada Warlock.
Apabila “Devouring Essence” berada pada Warlock, semua Guardians mulakan membedil Skolas dengan heavy weapon. Apabila nyawa Skolas telah mencecah 50%, objektif “DEFUSING SPLINTER MINES” akan bermula.

Pastikan setiap Guardian bergerak ke lokasi Mines yang telah ditetapkan seperti di dalam gambar.
Titan Defender: Gunakan Ward of Dawn dengan segera di lokasi T. Pastikan perk Bastion dan Helm Of Saint-14 digunakan untuk memudahkan kerja.
Hunter Bladedancer: Activate Super untuk bergerak ke lokasi H. Hunter akan bergerak dengan lebih pantas apabila jump dan glide menggunakan butang Slash R1. Setelah sampai di sana H, Hunter hendaklah menggunakan perk ‘Vanish’ invisible. Kembali ke platform W menggunakan perk ‘Stalker’ supaya korang invisible.
Warlock Sunsinger: Tugas Warlock adalah paling penting dan juga yang paling mudah. Warlock perlu kekal di platform kanan bertanda W. Apabila sudah mati dek akibat efek “Devouring Essence”, aktifkan Fireborn untuk hidup semula – dan Dismantle Mines di platform tersebut.
Tips: Warlock Fireborn, cuba hasilkan sebanyak orb yang boleh dengan menembak/bom minions berhampiran platform – untuk memudahkan cooldown Super Hunter dan Titan. Jika terlalu bahaya, menyorok sajalah!

Selepas defuse semua mines, semua Guardian perlu segera berkumpul semula di platform A dan teruskan membedil minions dan Skolas sehingga nyawanya hampir 25%.
PART 5: NYAWA SKOLAS 25% DAN OBJEKTIF “DEFUSING SPLINTER MINES”
Repeat PART 4 dengan berhati-hati dan Skolas pasti akan menemui ajalnya!!
PART 6: AMBIL REWARD DAN MENARI SEPUAS PUASNYA

++++++++++
So macamana? Mudah difahami bukan? Tapi korang kena ingat, ini adalah teknik yang penulis gunakan setiap minggu – dan setakat ini ianya adalah yang paling berkesan. Sehebat manapun teknik ini, korang still perlukan permainan yang berhati-hati, bertenang dan perlukan fokus serta kerjasama setiap ahli fireteam.
So, selamat menjalani Prison of Elders Level 35 dan kirim salam maut sama pakcik Skolas tu ye! Good luck dalam melengkapkan kesemua Moments of Triumph bagi mendapatkan emblem Laurea Prima!
Comments
Loading…