AnonTheNine merupakan seorang Redditor yang telah menyumbangkan pelbagai info leaked untuk game Destiny di Reddit. Dikhabarkan Destiny 3 sudah pun di dalam proses pembikinan dan akan mempunyai planet baru, Europa.
RPG Yang Lebih Mendalam Dan Extra Grindy Dari Forsaken
Dikhabarkan gameplay mechanic D3 akan lebih mendalami ke arah RPG yang lebih kompleks dan grindy di mana kalau seseorang yang hanya habiskan 2 jam seminggu untuk main memang tidak akan dapat catch up. Forsaken yang ada sekarang ini juga dikatakan agak berat untuk bulan pertama dan masih mempunyai pelbagai bounty dan event untuk di hasbiskan.
Takluki Kawasan di Bulan Jupiter, Europa: Zon PvEvP

Mengikutkan Destinypedia, Europa adalah bulan yang mengelingi Jupiter. Sebuah koloni manusia yang maju hidup di Europa di zaman Golden Age sebelum dilanda zaman Collapse. Sekarang hanya tinggal bandar pembangunan dibeku ais.
Guardians kemungkinan akan terbang ke Europa, di mana ia akan menjadi sebuah Zon PvEvP Open World di mana guardians harus berlawan untuk mendapatkan kawasan. Zon tidak seperti Dark Zone dari dalam Division, zon ini lebih kepada menakluk kawasan dari membunuh pemain lain untuk loots.
Guardian Dapat Mengguna dan Manipulasi Ilmu Gelap
Dalam D3, dikhabarkan Guardians dapat menggunakan kedua-dua kuasa antara light and darkness. Tidak mengejutkan jika kuasa Dark boleh menjadi antara subclass kepada Guardian, contoh kuasa dark seperti Taken, ‘Corrupted Ether’ kepada kaum Fallen dan Wyrm God dari kaum Hive.
Selama 5 tahun kebelakangan dalam Destiny, Gurdians dapat hidup kembali spawn berulang hanya kerana kuasa light untuk menentang ‘dark’. Di dalam update Forsaken, kita juga belajar sedikit ilmu hitam ini dalam mode Gambit, The Drifter percaya ada kebaikan menggunakan sedikit kuasa ‘dark’ untuk menguatkan diri selagi tidak melampaui batas.

Sejak azali lagi guardians sering mempersoalkan kebaikan Traveler yang membawa light ke bumi ini. Kemungkinan pengunaan kedua-dua kuasa ini akan menjadi antara jalan cerita D3? Sedikit tentang lore Light dan Dark yang dapat diketahui dengan bermain Destiny selama 5 tahun, kaum Hive yang di dorongi kuasa Darkness juga menggunakan sedikit kuasa (void) light untuk menguatkan kuasa mereka.
Sama seperti The Drifter menggunakan sedikit kuasa dark untuk menguatkan diri berlawan dan juga Eris Morn, hampir mati berlawan Hive menggunakan tulang Ahamkara (Light) membuat hajat untuk selamatkan dirinya tetapi dihidupkan kembali dengan menjadi separa Hive (Dark). Mara dilahirkan sebagai seorang Awoken yang pertama akibat clash super-cluster Corona-Borealis di mana kuasa Light dan Darkness bertembung dan meletup. Keseimbangan antara dark dan light diperlukan untuk keseimbangan alam dan untuk terus hidup.

Apabila guardians berjumpa Mara Sov di dalam Dreaming City minggu lepas, Mara turut berkata jika manusia tidak mengharapkan kuasa Traveler (yang membawa light) sudah lama dia akan hancurkan Traveler tersebut… kerana di mana ia berada, di situ kuasa jahat mengikuti. Sering kali mesej sulit atara Mara dan The Drifter mempersoalkan kebaikan Traveler. Untuk ketahui lebih tentang kuasa ‘Light dan Dark’ di dalam lore Destiny boleh membaca the thread Reddit di sini.
The Nine dan Kaum Jovians Dari Europa?
Kaum Jovian ibaratkan kaum yang bersifat dewa atau godly yang sepatutnya menjadi Awoken, tetapi lebih berkuasa. 9 orang yang mati dan dihidupkan kembali sebelum Mara Sov dilahirkan sebagai Awoken yang berlaku di super-kluster Corona-Borealis dan terperangkap antara flux-tube Jupiter dan Io.

“… The Nine are ancient leviathan intelligences from the seas of Europa or the hydrocarbon pits of Titan. The Nine arrived in a mysterious transmission from the direction of the Corona-Borealis supercluster. The Nine are the firstborn Awoken and their minds now race down the field lines of the Jupiter-Io flux tube. The Nine are Ghosts who pierced the Deep Black without a ship and meditated on the hissing silence of the heliopause…” – Ghost Fragment: Legends 2

Osiris pernah berjumpa dengan The Nines di Europa bersembang tentang kehadiran Vex pada masa akan datang. The Nines adalah Leviathan Intillegence dari zaman purba. The Emissary, salah satu dari The Nine pernah berkata mereka berasal dari bulan hidrokarbon. sama ada Titan atau Europa. Kemungkinan sebab adanya Trials Of The Nine diadakan untuk mengasahkan kembali Guardians selepas diserang Red War untuk melawan kejahatan yang bakal tiba.
Pelan 10 Tahun Francais Destiny
Bungie dan Activition berkata Destiny akan menjadi batu tumpuan mereka selama 10 tahun dah kesemua rancangan ini telah diaturkan. Kemungkinan besar paling awal untuk kita mendapatkan D3 adalah September 2020 atau 2021 (kalau tak tunda lagi sekali) — akan diarahkan oleh Christopher Barrett dan Luke Smith.

Banyak imej concept-art Bungie dari 2013 ini kini banyak telah menjadi realiti walaupun terdapat dalam perubahan cerita sedikit dan ditangani dengan kemasukan High Moon Studio untuk selamatkan jalan penceritaan francais Destiny.
Terdapat imej di bawah yang kemungkinan akan menjadi salah satu cerita untuk DLC yang akan datang.




Comments
Loading…