in , , ,

Destiny 2: Trials of Osiris Kembali! Mampukah Korang Mara Ke Kemenangan Tanpa Kalah?

Akhirnya penantian pemain kompetitif Destiny 2 (D2) berakhir setelah Bungie mengumumkan kepulangan Trials of Osiris yang akan bermula 13 Mac 2020 nanti.

Sejak 4 Februari, komuniti pemain Destiny 2 telah mendermakan hampir 10 bilion Polarized Fractaline — sumber bermusim yang baru dalam Season of Dawn kepada satu projek misteri yang dikenali sebagai Empyrean Foundation. Pada 23 Februari, para pemain menyelesaikan projek itu lalu membuka kunci kemenangan Triumph baru dan mendedahkan Trials Of Osiris (ToO).

Akan bermula pada musim baru Season of the Worthy pada 10 Mac ini, ToO adalah mode PvP kompetitif berlangsung pada hujung minggu sahaja.

Pasukan 3v3 bertempur melawan dalam Crucible cuba untuk mendapatkan kemenangan 7 seperti yang mereka boleh sebelum kalah tiga perlawanan. Semakin banyak kemenangan yang mereka dapat, lebih baik lagi rampasan mereka. Jika mendapat kemenangan berterusan tanpa kalah, ganjaran pinnacle yang hebat kian menanti! Apabila guardian mendapat kemenangan ‘flawless’ pada minggu terserbut, ornament pada armor dan senjata ToO akan menyala.

Ornament flawless yang di-usha ramai oleh pemain lainn di Tower.

Matchmaking akan berdasarkan connection dan trials card winning. Korang akan berlawan dengan orang yang berada pada jumlah kemenangan yang sama berdasarkan kad yang dibeli sebelum memulakan perlawanan. Perlawanan juga dibicarakan oleh Saint-14. 3 map lama juga akan diperkenalkan semula iaitu Exodus Crash, Cauldron dan Anomaly.

Gear set To) akan kembali dari armor hingga senjata yang pernah dimiliki dahulu pada zaman Destiny 1 (D1). Namun kali ini ToO akan mengikut kekuatan ‘Power Level’ di mana skill sahaja tidak mampu mengalahkan pihak lawan jika Light terlalu rendah untuk mengenakan damage lebih tinggi.

Emote baru dari kiri Hunter memakai shades, Warlock duduk mengusap kucing dan Titan menghirup teh dari cawan.

Sejak bermulanya D2 pada 2018, pemain kompetitif dapat merasakan Trials of The Nines (To9) namun disebabkan format 4v4 kurang memuaskan, Bungie telah hentikan selepas 2 season selama setahun lamanya. Kini format 3v3 ToS kembali, ramai pemain lebih bersemangat untuk bertempur. Secara tidak langsung, disebabkan ToO adalah light-level enable, pemain juga harus bermain lebih aktiviti pinnacle demi mendapatkan gear yang mempunyai light tinggi dan senjata yang kuat.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Yang Dibangunkan Studio Dari Malaysia Ini Akan Diterbitkan Oleh Team17

Game Yang Dibangunkan Studio Dari Malaysia Ini Akan Diterbitkan Oleh Team17

Tarikh Pelancaran Insurgency: Sandstorm Untuk PS4 Dan Xbox One Diumumkan, Saksikan Trailer Terbaru

Tarikh Pelancaran Insurgency: Sandstorm Untuk PS4 Dan Xbox One Diumumkan, Saksikan Trailer Terbaru