Kalau korang masih curiga tentang game dari Bungie (Halo 2, Halo 3, Halo: Reach, Destiny), saya boleh berhenti main dan ceritakan tentang Destiny 2. Lagipun controller Scuf saya sudah patah, aduuuhhh…

Sila baca review saya di Destiny 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Destiny 1 Dalam Sejarah

Destiny dilancarkan pada 20hb September 2014 dan ia merupakan game pertama dari Bungie dibawah penerbit Activision. Game berkonsep unik ini menggabungkan genre aksi FPS, pengembaraan RPG, dan kerjasama sepasukan MMO. Secara keseluruhan, game ini bukan sahaja disambut dengan baik, ia juga membina fenomena budaya sci-fi shooter di kalangan gamers, streamers, cosplayerss, dan lain-lain.

Tetapi Destiny juga mempunyai beberapa kelemahan ketara. Contohnya jalan cerita utama yang begitu singkat, kandungan infomasi yang terkeluar dari game (grimoire), sistem random number generator (RNG) yang kebanyakan kali agak kurang memuaskan.

Nota Editor: Editor punya RNG best – dapat loot semua power-power. Jangan jealous!

Dengan itu, setelah tiga tahun dan beberapa penambahan DLC, Bungie mengumumkan sekuel yang sangat dinanti-nantikan, Destiny 2.

JomBaca: Suka Duka Beta: Destiny 2 – Sangat Syok dan Banyak Lagi Belum Didedahkan!

Pengembaraan Seorang Guardian

Mesin sfera putih penuh misteri, Traveler banyak mengembara di ruang alam semesta, mengunjungi beberapa planet dan membuat aktiviti terraform supaya dunia tersebut dapat meyokong nyawa benda hidup. Oleh itu, ramai puak makluk asing mengejar dan cuba menangkap Traveler untuk menguasai kuasa cahaya Light.

Dalam Destiny 2, ia dibuktikan kaum empayar Cabal akhirnya telah berjaya merampas kuasa Light ini. Kejadian Red War ini menyekat kuasa Guardians dan hampir memusnahkan masyarakat manusia. Peranan gamers adalah untuk mencari pemimpin-pemimpin Guardians (Vanguards) yang sudah berpecah dan membantu mereka mengambil balik bandar Last City.

https://www.youtube.com/watch?v=LSxElWwWVFE&t=4s

Gameplay Yang Baru dan Yang Diperbaharui

Selain dari pelbagai jenis tikam melee dan bom tangan cas kembali, Bungie telah menaikkan taraf satu sub-class dan juga memuatkan sebuah class ability yang unik dan berbeza antara kelas Guardian.

  • Hunters bergerak pantas dan mudah alih ada ability Dodge; ianya pandai mengelak dan boleh reload balik senjata. Kuasa elektrik juga kini digelar sebagai Arcstrider.
  • Titans yang teguh mempertahankan kedudukkan mempunyai ability dinding separa legap Barrier yang menghalang semua serangan musuh. Sub-class tenaga gelap Void pula dinamakan Sentinel dan kini boleh menyerang secara offensif.
  • Warlocks dengan tahap sembuh diri yang tinggi boleh memasang ability Rift yang menyelamatkan rakan pasukan dari situasi bahaya. Warlock juga kini boleh membuka kuasa pedang Dawnblade dan menlayangkan hujan berapi pada musuh.

Selain dari kuasa Guardian, susunan muatan karakter juga telah diubahsuai. Dalam Destiny 1, ciri-ciri mod senjata dan baju perisai bergantung penuh pada RNG. Kadang kala ramai gamers banyak kali mendapat mod yang kurang memuaskan dan ini telah banyak disuarakan di reddit Destiny dan laman forum Bungie.

Kini setiap barangan mempunyai set mod tersendiri, dengan satu slot terbuka untuk gamers memasang mod custom mengikut playstyle sendiri. Contohnya senjata Energy dan Power boleh berganti jenis mod kuasa Arc, Solar, atau Void, selagi ada cukup wang glimmer. Mod untuk baju perisai pula adalah lebih pelbagai. Bagi saya sendiri, saya pilih mana-mana mod yang meningkatkan pengendalian pistol!

Dunia-dunia Penuh Rahsia

Walaupun planet-planet pengembaraan dari Destiny 1 tiada di dalam game sekuel, Destiny 2 telah memperkenalkan beberapa peta dunia baru yang luas, interaktif, dan dengan krisis tersendiri.

Peta EDZ, juga dikenali sebagai European Dead Zone, adalah tempat medan perang antara puak Cabal dan puak Fallen. Ia juga yang paling berdekatan dengan pusat kubu dan sosial sementara Guardians, The Farm. Titan adalah bulan dipenuhi lautan methane di dalam lingkaran planet Saturn yang pernah menjadi tempat penyelidikan dan pembelajaran di zaman Golden Age.

Planet kecil dengan putaran luar biasa adalah Nessus yang dipenuhi dengan alam flora istimewa dan puak robot Vex. Akhirnya, dunia Io adalah bulan misteri dengan planet Jupiter sangat jelas kelihatan di langit angkasa. Bungie juga membolehkan gamers meneroka kesemua tempat-tempat patrol ini dengan fungsi Fast Travel.

Setiap dunia bukan sahaja mengaitkan jalan cerita utama, mereka juga dipenuhi dengan bermacam-macam misi berasingan, dengan dialog dan aktiviti unik yang mengembangkan interaksi dan pengalaman sebagai seorang Guardian. Antaranya adalah aktiviti Public Events, yang hanya timbul pada waktu-waktu tertentu. Aktiviti ini boleh dikongsi dengan ramai Guardians, jadi amat disyorkan korang main Destiny 2 dengan rakan!

Gamers boleh gerak sepasukan tiga orang untuk meneroka dunia-dunia ini dan empat orang untuk beberapa aktiviti PvP, seperti the Crucible, Trials of the Nine, dan Iron Banner. Satu-satunya aktiviti khas untuk pasukan 6 gamers adalah The Leviathan Raid dan agak dikira sebagai misi end-game yang paling muktamad.

Terima kasih pada SabiourDlucier yang sudi berkongsi pengalaman Trials!

Kekurangan yang Sekadar

Setelah berjam-jam bermain Destiny 2, saya setuju dengan banyak pendapat bahawa Destiny 2 adalah bukti Bungie banyak mengambil cadangan gamers dan membuat kemajuan yang hebat. Namun, selain dari masalah bugs yang dijanji akan dibetulkan (RIP misi senapang shotgun Raid), ada juga beberapa isu lain yang mengganggu waktu gaming.

Ehhh, takpe sebab planeptunia_sama adalah Warlock yang masih belajar…

Antara ganjaran yang dihadiahkan pada gamers pada akhir aktiviti adalah shaders, bahan yang memberi corak dan warna pada barangan Guardians, termasuk kapal angkasa dan motosikal sparrow. Aplikasi shaders mendapat banyak sambutan baik dalam game Destiny 1, terutamanya shaders yang hanya boleh di dapati dari aktiviti Raid atau Trials.

Shaders di Destiny 2 telah menjadi bahan sekali guna untuk satu barangan sahaja. Gamers perlu bekerja lama farming untuk mencari lebih jika ingin koordinasi warna dengan baik. Tambah-tambah lagi peluang mendapat shaders (mana-mana shaders pun!) masih tertakluk pada nasib RNG. Aduuuh…

Kecuali Xur penjual mingguan, setiap barangan yang boleh didapati dari penjual Destiny 2 bergantung pada nasib RNG. Gamers yang mengumpul banyak duit tokens untuk cuba mendapatkan satu-satunya tudung jubah Hunter dari penjual di dunia Io mungkin akan sebaliknya mendapat 4 atau 5 jenis pedang yang sama (cerita pengalaman sendiri). Ini berbeza dari Destiny 1, di mana gamers boleh memilih barangan yang dicari.

Semua Penghujung adalah Permulaan; Destiny 2 – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Bungie tidak jauh tersasar dari visi teras siri Destiny. Sebagai game yang menggalakkan bermain dengan pasukan, solo gamers kadang-kala akan terasa berasing dari kebanyakkan misi yang memerlukan multiplayer. Oleh itu, satu ciri Destiny 2 yang terbaru adalah fungsi sistem Guided Games.

Gabungan sistem matchmaking dan looking-for-group (LFG), Guided Games menolong gamers, atau sepasukan gamers yang mencari ahli untuk membuat aktiviti beramai. Sekadar untuk mencuba, saya dan ahli member clan saya berjaya menolong seorang gamer Perancis dalam misi Nightfall bagi dia buat pertama kali!

Hanya begitulah Traveler kamu akan mula sembuh.” – Exo Stranger, Destiny 1.

Setelah tiga tahun dengan sesi updates, nerf, buff, reset, dan lain-lain perubahan, game Destiny bukan lagi sekadar hobi. Ianya adalah sebuah game first-person RPG shooter yang amat menyeronokkan di mana gamers berjumpa, bersosial, dan mengait hubungan silaturahim. Kami adalah Guardians; justeru, kami akan selalu bergerak bersama untuk membanteras rejim musuh demi melindungi umat manusia dan memulihkan Traveler.

+ Jalan cerita yang lebih mendalam. Misi berasingan juga memperluaskan pengalaman immersive.
+ Dunia open world dalam sekuel benar-benar terasa bagai RPG yang mencukupi dan berinteraktif
+ Perubahan pada sistem Crucible dan kuasa Guardians membuat aktiviti PvP lebih mengalakkan kerjasama sepasukan.
+ Muzik soundtrack yang sangat menyentuh hati.

 Masih ada beberapa isu bugs yang ketara. Banyak sangat ada pula updates yang mengambil masa 6 jam.
 Perubahan pada kuasa tikam melee dan bom tangan tidak boleh lagi one-hit kill, susah nak main lonewolf lagi!.
 Untuk gamers yang selalu kacau aktiviti Public Events sampai gagal untuk naik tahap Heroic, sila blah diri dan jualkan game.

JomKomen!